Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Friday, December 25, 2009

MALAYSIAN MALAYSIA - PENDEDAHAN EKSKLUSIF DARI IPOH






PENDEDAHAN PANAS DARI IPOH MENGENAI MALAYSIAN MALAYSIA

Malam tadi bertempat di Bangunan Umno Perak, Pemuda Barisan Nasional Perak yang terdiri dari MIC, MCA dan Umno telah mengadakan sidang akhbar tentang sikap rasis Dap yang hanya berselindung disebalik Malaysian Malaysia.

En Ahmad Aki atau lebih dikenali sebagai Ramli Wong (Pengerusi Desa & Bandar DAP Negeri Perak merangkap Naib Pengerusi Gerak Negeri Perak ) 65 Tahun dari Taman Perpaduan Ipoh mendedahkan bahawa perjuangan Dap hanyalah palsu belaka.

Beliau telah menjadi ahli Dap sejak awal penubuhannya pada tahun 1968 semasa berusia 24 tahun dengan mengisi borang keahlian berserta yuran seringgit sahaja.

Tujuannya ialah satu, untuk menjadi parti pembangkang dan beliau ditugaskan untuk menambahkan jumlah ahli Dap dari kaum Melayu. Beliau juga mengakui telah banyak membawa masuk orang Malayu Ipoh untuk menjadi ahli Dap. Beliau juga pernah dijanjikan jawatan Menteri Besar Melayu Pertama jika Dap berjaya memerintah Perak.

Beliau kesal dan berdosa kepada bangsa dan tanahair kerana telah mengkhianati perjuangan Melayu sebenarnya sebagai mana yang dilaksanakan oleh Umno , Perikatan dan Barisan Nasional.


Beliau keluar dari Dap kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Dap Perak di bawah Dato Ngeh Koh Ham. Menurut beliau Ngeh lebih bersikap diktator dalam pentadbiiran dan pengurusan parti. Begitu juga dengan agihan kerusi dalam PRU. Ngeh mengutamakan kaum Cina daripada kaum-kaum lain. Calon dan kroni yang setia kepadanya diberikan kerusi Dun dan Parlimen.

Mereka memonopoli sesama kroni dan tidak secara adil. Ahli Melayu dan kaum-kaum lain tidak diberikan satu pun kerusi sedangkan ia banyakm jika dicalonkan Melayu diletakkan dikawasan yang sukar untuk menang. Calon Cina untuk kawasan yang ramai Cina. Ia tidak seperti BN yang meletakkan calon bukan Melayu dikawasan majoriti Melayu tetapi dalam Dap ia tidak terjadi begitu.


"Apa salahnya meletakkan calon Melayu di kawasan Cina?" Soal beliau lagi.


Beliau juga mengakui bahawa PAP adalah berada dibelakang Dap sejak awal penubuhan lagi dan beliau bersama pemimpin-peminpin Dap Perak pernah beberapa kali mangadakan pertemuan dengan Lee Kuan Yew di Ipoh, Kuala Lumpur dan Melaka tetapi beliau tak banyak memahami kerana perbincangan menggunakan bahasa Cina.

Bila ditanya bagaimana Dap ditubuhkan di Perak? Beliau memaklumkan ia ditubuhkan bukan di bandaraya Ipoh sebaliknya di tubuhkan dalam satu perjumpaan di kawasan Ayer Tawar Perak.

Dap membesarkan isu Malaysian Malaysia tetapi hakikatnya ia adalah kepalsuan semata-mata. EN Ahmed Aki yang menjadi ahli Dap sejak awal tidak dibela sepenuhnya. Kehidupannya juga susah. Dap tidak pernah membalas budinya. Dia ditinggalkan begitu sahaja bila tenaga dan kudrat telah dimamah usia. Dap tidak pernah menjenguk dan memberi bantuan.

Kesusahan dan kedaifan beliau telah mendapat perhatian oleh Pusat Khidmat dan Aduan BN Pemuda BN Perak- En Ravi Chandran. Setelah menyiasat melalui temubual ,terbongkarlah bahawa beliau adalah bekas ahli Dap yang diabaikan.

Rumusan yang dibuat oleh barisan Pemuda Barisan Nasional ialah Dap mempunyai sikap rasis yang amat kuat terhadap kaum Cina dan sikap Dap berbaik-baik dengan Pas adalah palsu belaka. Pas yang majoritynya Melayu Islam sebenarnya dibenci oleh Dap. Dap hanya bermain wayang dan bermuka-muka bila berdepan dengan Pas dan Pkr.


Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM) di 12/25/2009 12:16:00 PM

Dari pendedahan diatas, kita dapat melihat sesungguhnya apa yang dilaungkan DAP dalam memperjuangkan kesamarataan adalah bohong sama sekali. Mereka hanya mementingkan kaum cina dan ini terang terangan adalah rasist dan mereka berusaha merampas Malaysia ini dan berazam menjadikan Malaysia ini seperti Singapura.

Sebagai orang melayu harus, kita harus belajar melalui sejarah dan sebagai orang melayu kita harus ada semangat nasionalisme dan patriotik kerana perjuangan nenek moyang kita pada sebelum-sebelum ini agar tidak sia-sia.

Sekiranya DAP atau bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia ini mempertikaikan hak ketuanan melayu, bahasa melayu, Raja -raja Melayu dan agama Islam, adakah kita sebagai pribumi dinegara Malaysia ini tidak berhak meminta kewarganegaraan yang telah diberikan kepada mereka semasa perjanjian kemerdekaan ditandatangani dikaji semula ataupun ditarik balik.

Ini adalah kerana sikap tamak mereka yang hanya mementingkan kuasa dan kepentingan mereka sahaja. DAP Perak yang telah meluluskan tanah untuk tempoh 999 tahun berbanding kerajaan BN yang hanya 99 tahun sahaja. Dan tanah yang diluluskan adalah bagi penempatan kampung baru cina sahaja.Disini kita dapat lihat bahawa orang melayu untung untuk hampir seratus tahun namun tetapi orang cina ketawa melihat orang melayu dan mereka gembira kerana mereka untung hampir seribu tahun. Orang yang bertanggung jawab meluluskan adalah Dato Seri Nizar orang melayu kita sendiri yang menjadi boneka kepada bangsa lain.

Jadi siapa sebenarnya petualang bangsa dan negara yang menggadaikan maruah bangsa dan agama?
UMNO dan BN sesungguhnya mempertahankan setiap bangsa yang ada di Malaysia ini tidak kira Melayu,Cina, India ataupun Islam,Buddha, Hindu ,Kristian demi menjaga keharmonian yang telah terbina selama kita merdeka 52 tahun yang lalu.

DAP & PR lah yang menjadi api perkauman yang memainkan isu-isu sentimen perkauman dalam siri kempen politik mereka dalam memujuk rakyat yang mana mereka memperjuangkan hak sama rata. Mereka hanya mementingkan kuasa dan sekiranya mereka berjaya mereka pun lupakan janji-janji yang mereka lontarkan seperti isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang akhirnya rakyat sendiri yang dijual oleh mereka.Dimanakah ketuanan rakyat yang dilaungkan oleh PR sebelum ini. Kenapa KM Pulau Pinang tidak mahu bersemuka dengan penduduk kampung yang ingin berjumpa dengan beliau. Janji-janji PR semasa berkempen memanglah sedap didengar namun hakikatnya mereka  tidak akan membela rakyat, janji tinggal janji,janji mereka lah yang senang dulu...fikir-fikirkan .

Thursday, October 22, 2009

Majlis Aidilfitri KEMAS Kapar dan Perasmian Bangunan Tabika KEMAS Bustanus As'Saffa







Satu Majlis Aidilfitri KEMAS Parlimen Kapar dan Perasmian Bangunan Tadika KEMAS Bustanus As'Saffa telah berlangsung dengan meriah pada 17 Okt 2009 bersamaan hari Sabtu bertempat di perkarangan tadika tersebut yang terletak di Jalan Nenas,Meru. Acara bermula lebih kurang jam 10.00 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan yang diiringi oleh paluan kompang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato' Hj Abd Rahman Hj Palil Adun kawasan Sementa merangkap Ketua UMNO Bahagian Kapar. Kehadiran tetamu jemputan , ibu/bapa pelajar dan juga penduduk di kejiranan sekolah tadika tersebut seramai lebih kurang 500 orang yang hadir untuk bersama memeriahkan pada pagi itu. Selesai majlis perasmian jamuan disediakan dengan pelbagai menu sempena aidilfitri.Majlis berakhir lebih kurang jam 12 tengahari.

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia...
Kepada semua ahli keluarga, rakan taulan, sahabat handai, teman sepermainan, bloggers dan sesiapa yang mengenali diri ini, dalam kesempatan ini saya bersama keluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin" sekiranya saya dan keluarga telah melakukan apa juga kesilapan atau kesalahan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan Syawal yang menjelma menceriakan anda....

Friday, September 11, 2009

MELAYU SEMAKIN BERPECAH



DAP telah mula giat menjalankan kempen keahlian kepada orang melayu untuk bersama mereka dalam senario politik tanah air kita sekarang ini.

Siri-siri kempen sehingga ke pasar malam mereka membuka kaunter pendaftaran dan sekarang ini mereka telah berjaya membuka satu cawangan keahlian penuh orang melayu.

Penduduk melayu Kampung Lembah Kinrara yang diketuai oleh Haron Abdul Wahab telah mengambil langkah menyertai parti itu dengan alasan telah berpuas hati dengan parti itu kerana memperjuangkan semua kaum.

Beliau menyatakan telah berfikir panjang dan membuat satu keputusan muktamad dengan menyertai parti DAP tersebut dan bersedia menerima segala kritikan dari orang melayu.

Apakah perjuangan UMNO sudah tidak relevan lagi dalam kancah politik tanah air kita???

Orang melayu kita sekarang ini didalam keadaan yang amat lemah dan membahayakan dan semakin berpecah belah....tidak kira penyokong umno, pas, pkr mahupun sekarang ini dap, yang penting melayu islam harus sedar, bangsa lain sudah meneliti melayu berkuasa didalam politik dengan itu mereka memecahkan melayu melalui politik agar melayu tidak lagi bersatu dan mereka yang bukan melayu boleh mengambil alih tampuk pimpinan negara dan mereka akan menguasai segalanya. Kita lihat sekarang ini orang melayu mengetuai jabatan-jabatan didalam kerajaan dan nescaya sekiranya mereka memegang tampuk kerajaan orang melayu hanya akan memegang jawatan pembantu am rendah dan mereka yang akan memegang jawatan sebagai ketua jabatan. Kita lihat sahaja dikilang-kilang bos besar bukan melayu (cina), manager (cina), executive & supervisor (india dan cina)...dimana melayu??...kalau sebagai technician pun kena lapor pada engineer cina...melayu ramai jadi operator pengeluaran, kerani, cuci pejabat, mat despatch dan lain-lain lagi.

Oleh itu sepatutnya orang melayu tidak kira apa fahaman politik sepatutnya lebih bersatu dan mengenepikan segala egois dalam mengukuhkan kembali agama dan bangsa yang sekarang ini semakin dicabar oleh bukan melayu. Orang UMNO juga harus berubah sikap tidak mementingkan diri sendiri dalam memperjuangkan suara rakyat...masyarakat sudah mula muak dengan sikap tamak haloba segelintir pemimpin umno...jangan masuk politik kerana projek...perjuangkan hak rakyat bukannya perut sendiri....jangan bersikap sombong bila bergaul dengan masyarakat...selalu jenguk dan dengar masalah masyarakat dan bukan hanya bergaul dengan orang umno sahaja...sebagai pemuda umno kita seharusnya berjuang untuk bangsa didalam keadaan ekonomi melayu yang masih belum stabil ini...Isu gula dan harga minyak...setiap tahun mesti timbul perkara ini ...pemuda harus tampil bersuara bukan dengan membiarkan sahaja isu tersebut...berjuanglah untuk rakyat dalam meraih kembali kepercayaan mereka...harus diingat kekalahan PRU12 yang lalu bukan kerana kekuatan PR tetapi kerana kemarahan rakyat terhadap BN...berubahlah sebelum semakin parah....