Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Tuesday, May 18, 2010

Panik dan Trauma


Salam 1Malaysia...sudah lama ruangan saya ini tidak dikemaskini akibat dari kepadatan jadual tugasan yang datang.

Kali ini saya terpanggil untuk mengulas peristiwa hitam yang telah mengundang pelbagai ulasan dan spekulasi dan telah menarik minat saya untuk berkongsi pendapat dengan rakan-rakan sekalian. Sekarang ini kes tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis yang sedang menjalankan tugas telah mengenai seorang remaja berusia 15tahun sedang berjalan dimahkamah dan saya tidak mahu memberi sebarang respon  atau menyalahkan mana-mana pihak pada kejadian tersebut.

Secara terbuka rakyat negara ini mengeluarkan sebarang komen dan pendapat terhadap kejadian ini di laman-laman web,blog,facebook dan juga kenyataan media. Rata-rata ada yang mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan menyampaikan rasa simpati pada keluarga mangsa. Ada juga yang menyalahkan pihak polis dan kerajaan kerana perkara ini berlaku. Komen dan kata-kata yang panas serta pedas dilemparkan dan ada yang menyarankan agar Ketua Polis Negara perlu meletakkan jawatan. Ada juga pihak yang menyalahkan kenyataan media kerana mengeluarkan kenyataan berat sebelah yang mengaitkan mangsa sebagai penjenayah. Ada juga pihak yang mengambil kesempatan dalam hal ini bagi mendapat nama yang mana kononnya polis sekarang ini bertindak sewenang-wenangnya.

Saya mencadangkan setiap insan manusia berfikir secara waras dan terbuka dan khusus kepada yang muslim befikirlah secara seorang muslim yang mempercayai qada dan qadar. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya. Segala kejadian sudah tertulis dan sekiranya ALLAH swt ingin sesuatu kejadian itu terjadi...maka ianya akan tetap terjadi. Dan peristiwa ini telah pun berlaku dan setiap manusia seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi bukan menyalahkan dan menunding jari kepada sesiapa.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada mangsa ataupun orang kena tuduh kerana sebagai insan yang berfikiran waras kita semua patut bersimpati kepada kedua-dua belah pihak. Bukannya menunding jari kepada sesiapa pun.

Kita fikirkan...

Kalau dipihak keluarga mangsa sememangnya rasa sedih dan terkilan kerana pemergian seorang anak yang dikasihi dengan cara yang tidak sepatutnya dan beberapa kenyataan juga telah melukakan hati keluarga mangsa yang menyatakan mangsa disyaki sebagai penjenayah. Siapa yang boleh menerima semua dugaan ini sekiranya berlaku terhadap ahli keluarga kita.

Kalau di pihak polis yang bertugas pula kita harus fikirkan sekiranya diri kita didalam situasi itu bagaimanakah kita ini. Berdepan dengan situasi yang boleh juga nyawa sendiri melayang. Semuanya didalam zon bahaya yang memerlukan tindakan dan aksi yang pantas. Walaupun latihan demi latihan sudah dilalui namun situasi kejar mengejar yang berlaku secara "live" bukan semua anggota akan dapat melaluinya. Keadan panik boleh mengundang apa jua bencana yang berlaku sama ada nyawa yang disyaki ataupun nyawa anggota sendiri.

Namun semuanya telah berlaku...

Keluarga mangsa kehilangan seorang anak yang dikasihi yang tiada penggantinya walaupun syarikat insurans membayar dengan wang jutaan ringgit sekali pun. Perasaan sedih menyelubungi dan memori duka akan terpahat pada keluarga terdekat.

Bagi anggota polis yang terlibat, trauma pula yang melanda keluarga beliau. Untuk melelapkan mata pasti sukar setelah apa yang terjadi. Terbayang-bayang kejadian yang berlaku sepantas kilat dan timbul rasa bersalah didalam hati yang mangsa adalah remaja dibawah umur. Keluarga menjadi mangsa cemuhan masyarakat yang mengatakan beliau pembunuh walhal beliau hanya menjalankan tanggungjawab setelah tugas memanggil. Anak-anak beliau mengelak untuk bersekolah kerana ejekan kawan-kawan yang mengejek "Bapak kau pembunuh" dan apa yang lebih dasyat masa depan keluarga ini adalah lebih samar kerana anggota polis ini berdepan dengan hukuman mahkamah. Selagi kes ini berjalan di mahkamah selagi itulah keluarga ini akan menanggung trauma.

Apa yang saya hendak sarankan adalah semua pihak tidak mahu perkara ini berlaku, namun diatas kehendak illahi perkara ini telah pun berlaku.Oleh itu janganlah ada pihak yang hendak menyalahkan mana-mana pihak  sama ada mangsa,tertuduh,PDRM,Kerajaan ataupun mana-mana parti politik. Semua ini adalah ujian yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada keluarga mangsa dan juga keluarga tertuduh. Sebagai orang islam kita bersama mendoakan yang terbaik kepada semua pihak...Jadilah seorang islam yang mempercayai qada dan qadar.... 

Tuesday, April 13, 2010

Perjuangan dan Pengorbanan



Adakah kita sudah terlupa dengan perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang melayu yang mempertahankan kedaulatan tanah air ini.....

Adakah kita sudah lupa permainan politik yang dimainkan oleh bangsa lain yang hendak menghancurkan islam....

Adakah kita sudah lupa yang komunis cuba untuk menakluk negara kita ini dengan menggunakan orang melayu dan agama islam....

Bangkit dan sedarlah wahai melayu....bersatu dan pertahankan agama,bangsa dan tanah air kita untuk warisan anak cucu kita.....

Sunday, March 21, 2010

Gotong Royong Kunjung Ziarah Pemuda UMNO Sg Besar


Satu program motivasi, Konvoi Patriotisme Satu Malaysia oleh Pemuda UMNO Sg Besar di Kem BTN Kg Budiman, Meru.

Hampir seramai 150 orang peserta,dan salah satu program mesra rakyat dijalankan adalah gotong royong mengecat pagar masjid Kg Budiman.

Satu program yang ringkas dan memberi pengertian yang mendalam terhadap peserta.

Friday, March 12, 2010

Program Rakan Surau Pemuda Bahagian Kapar





Program Rakan Surau Pemuda Bahagian Kapar telah bermula semula dengan menziarah Surau Kariah Hj Alias yang terletak di Jalan Nenas Tengah, Kampung Meru...Aktiviti yang dijalankan bermula dari solat maghrib, bacaan yasin dan tahlil, solat isyak dan jamuan ringan. Program ini dijalankan pada 11 Mar 2010 Khamis malam Jumaat dan seramai hampir 50 orang yang hadir. Imam dan Pengerusi surau amat berbesar hati dengan inisiatif yang dijalankan oleh Pemuda.Insyallah program baik ini akan diteruskan dan akan ziarah surau-surau lain yang terdapat di Parlimen Kapar ini.

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidurasul


Assalamualaikum wbt....

Sempena memperingati hari kebesaran Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri,mengkaji dan menilai diri serta mengenang kembali apakah perjuangan dan pengorbanan yang telah kita telah berikan ke jalan islam demi menegakkan syiar islam agar islam terus utuh ke hingga hari kiamat nanti. Adakah kita mencontohi dan mengikuti sifat-sifat terpuji Rasullulah dalam kehidupan seharian kita...adakah kita amanah dalam menjalankan tanggungjawab, adakah kita berkata yang baik dengan saudara-saudara kita, adakah kita membela nasib fakir miskin dan anak yatim...jadi sempena hari besar junjungan kita ini seharusnya kita renung-renungkan...kematian, soal kubur, kiamat, syurga dan neraka itu adalah pasti...."Salam Maulidurasul"....