Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Sunday, August 30, 2009

Merdeka ke52


Selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke52....diam tak diam sudah lebih setengah abad kita merdeka....Perjuangan nenek moyang kita dulu dalam memperjuangkan kemerdekaan adalah didalam keperitan....sehingga kini sesiapa yang pernah merasakan hidup di dua alam sama ada merdeka atau sebelum merdeka...semestinya bersyukur yang amat sangat keadaan selepas merdeka kerana mereka semestinya merasakan penderitaan dan penindasan yang diterima sewaktu dijajah sama ada jepun ataupun inggeris....Didalam masa sekarang ini erti kemerdekaan tidak lagi dihatai oleh generasi masa kini kerana apa yang mereka tahu adalah setelah mereka celik mata dan dapat mengenali dunia ini hidup mereka telah pun bebas dari penjajahan...mereka amat beruntung kerana tidak merasakan keperitan seperti nenek moyang yang dahulunya ditindas oleh penjajah.....Dewasa ini ada gerakan yang cuba mempengaruhi dan mempropagandakan usaha-usaha kerajaan Barisan Nasional yang telah mentadbir negara kita ini dengan jayanya dengan isu-isu yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan politik dan juga ekonomi tanah air....mereka-mereka ini adalah makhluk-makhluk durjana yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menggadaikan kesejahteraan negara yang telah aman dan sentosa ini. Isu-isu yang dibawa adalah amalan rasuah, kepincangan institusi kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, PDRM dan banyak lagi....jika difikirkan semula...Semua institusi ini adalah melibatkan orang-orang melayu yang memegang jawatan-jawatan tertinggi....dapat dilihat ada usaha untuk menukarkan Pegawai-pegawai tertinggi ini kepada mereka yang bukan melayu dengan memburukkan perkhidmatan pegawai-pegawai melayu ini dengan skandal rasuah.....Perkara ini haruslah dilihat secara mendalam...Pada amnya sewaktu perjanjian kemerdekaan antara melayu dan bukan melayu sudah dimeterai dengan cantik syarat dan peraturan yang harus diikuti....akan tetapi makhluk-makhluk perosak ini juga mula mempertikaikan segalanya sehingga ada dikalangan mereka dengan lantang mencabar kewibawaan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan. Adakah benar selama ini bangsa bukan melayu dinegara ini tersisih dan terpinggir...? Oleh itu sebagai orang melayu kita wajar bersatu hati dalam membela nasib orang melayu...islam sebagai agama...dan Malaysia adalah negara tercinta....Jangan digadaikan segala yang kita ada hanya kerana rebutkan kuasa....Selama kerajaan BN memerintah semua bangsa dan kaum yang ada dinegara ini adalah terbela dan tidak ada ketegangan kaum melanda semanjak peristiwa 13 Mei 1969...oleh itu adalah wajarnya setiap insan warganegara Malaysia tidak mengira kaum atau bangsa haruslah menghormati dan memahami antara satu sama lain....UMNO dan BN tidak pernah rasis dalam membangunkan masyarakat dan negara....Satu Wawasan...Satu Gagasan...Satu Malaysia.... Merdeka....Merdeka...Merdeka...

No comments:

Post a Comment