Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Saturday, March 21, 2009

MEBA FC - KEJAYAAN YANG DIBINA DALAM MASA SETAHUN





Tahap satu - Sessi pencarian bakat baru.....




Tahap Dua - Melatih dengan penuh disiplin pada setiap petang.







Tahap Tiga - Perlawanan persahabatan setiap hujung minggu









Tahap Empat - Menyertai kejohanan Nike Premier Cup, Kejohanan Bawah 16 MBMB, Kejohanan Bawah 20 Piala Tan Sri Mustapha Kamal, Kejohanan Liga Bolasepak Selangor Divisyen Satu.





Kejayaan yang dicapai -
Separuh akhir Nike Premier Cup Zon Pantai Timur (Tewas penalti 3-4 kpd pasukan Kelantan)
Separuh akhir Nike Premier Cup Zon Tengah (Tewas penalti 4-5 kpd pasukan Malaysia)
Naib Johan Kejohanan U16 MBMB -Melaka (Tewas kpd pasukan Johor FC)
Naib Johan Kejohanan Liga Bolasepak Selangor 08/09 (Tewas kpd pasukan MKLAND)


Selesai sudah Kejohanan Liga Bolasepak Selangor Divisyen Satu bagi musim 2008/2009 yang mana perlawanan akhir telah berlangsung pada 17 Mar 2009 Selasa jam 8.00malam di Stadium MBPJ. Pasukan yang telah layak ke pusingan akhir pada kejohanan kali ini adalah pasukan NPNG atau lebih dikenali sebagai pasukan MKLAND yang mana dipunyai oleh Tan Sri Mustapha Kamal seorang ahli korporat yang terkenal. Pasukan yang turut melayakkan diri ke final adalah pasukan KELISA atau lebih dikenali sebagai MEBA FC yang berasal dari kampung Meru yang terletak didalam daerah Klang.
Pada hari perlawanan tersebut pasukan KELISA(MEBA) telah membuat kejutan dengan membawa rombongan penyokong sebanyak 6 bas yang terdiri dari seluruh warga kampung di Meru. Ini adalah kerana pertama kalinya sebuah pasukan bolasepak dari Meru yang telah berjaya menempa sejarah dengan menempatkan diri didalam satu perlawanan akhir dikejohanan yang yang berprestij. Rombongan penyokong ni terdiri dari segala lapisan masyarakat tidak kira umur dan jantina telah bersama-sama keluar dengan penuh bersemangat memberikan sokongan moral keada pasukan ini..
Namun pengalaman membezakan pasukan yang bertanding, ini kerana pasukan NPNG dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman seperti Sharin Majid dan Padiarau yang memang terkenal pernah mewakili pasukan negeri pada beberapa musim yang lepas, mereka telah berjaya mengawal permainan dengan begitu baik sekali. Manakala pasukan KELISA(MEBA) yang dibarisi rata-rata pemain muda yang baru mencipta pengalaman pertama bermain di malam final sambil disaksikan penonton dan penyokong yang ramai telah tenggelam punca dan kelihatan gemuruh serta gagal mengawal permainan seperti perlawanan pada sebelum-sebelumnya. Akhirnya keputusan telah menyebelahi pasukan NPNG dengan kelebihan 3 gol. Pasukan NPNG telah berjaya memberikan hadiah ulangtahun kepada Tan Sri Mustapha Kamal yang mana telah disambut pada malam itu.
Apa yang boleh dibanggakan adalah pasukan KELISA(MEBA) telah berjaya layak kepusingan akhir pada musim yang pertama kali menyertai kejohanan tersebut. Ini adalah berkat usaha gigih sekumpulan anak muda yang diketuai sendiri oleh saudara penulis selaku pengurus pasukan bersama Sdr Mazlan Mohd sebagai jurulatih yang telah menghimpunkan pemain-pemain yang kurang berbakat pada peringkat awalnya tetapi dengan disiplin latihan yang diterap setiap hari kepada pemain-pemain telah membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Pasukan KELISA(MEBA) juga mempunyai halatuju dalam memajukan diri dalam bidang sukan bolasepak, ini kerana skuad pelapis yang terdiri dari remaja yang berusia bawah 16 tahun juga telah berjaya menjadi naib juara di satu kejohanan bawah 16 tahun yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah pada pertengahan tahun yang lalu. Pengerusi MEBA En.Mustafa Md Din bersama setiausaha Sdr Mohd Jafari Sahar juga telah sama-sama membantu dan bekerja keras bagi menjayakan segala program dan kejohanan yang disertai oleh pasukan ini.

Sebagai pengurus pasukan, saya merumuskan tentang perlawanan pada malam tersebut adalah pasukan ini telah berusaha dengan bersungguh sehingga mencapai ketahap yang boleh dibanggakan namun rezeki tidak memihak kepada pasukan kami, namun kami akan belajar melalui pengalaman dan kami akan bangkit dan terus untuk berjaya di musim akan datang. Jutaan terima kasih kepada seluruh pemain,pegawai yang telah sama-sama berganding bahu membawa pasukan ini sehingga ke peringkat yang membanggakan dan juga kepada seluruh warga Meru yang telah memberi sokongan yang begitu padu kepada pasukan ini.Rakaman terima kasih juga kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Sdr Tn Hj Roslee Abd Hamid bersama barisan jawatankuasanya kerana dapat meluangkan masa turut serta menonton perlawanan pada malam tersebut.
Sementara itu Pengerusi MEBA Fc , En.Mustafa Md Din mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma dan penyumbang yang budiman yang telah membantu pasukan ini sehingga berjaya ketahap yang memberangsangkan.Untuk musim yang akan datang kami akan mula membuka peluang untuk mencari bakat-bakat baru untuk didaftarkan sebagai pemain bagi mewakili pasukan kami. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ujian saringan kami amat mengalu-alukan dan juga kepada usahawan yang ingin membantu menaja atau menyumbang kepada pasukan kami agar kami dapat memajukan lagi belia dan sukan bolasepak ini boleh menghubungi setiausaha, Sdr Mohd Jafari Sahar di talian 013-6038983