Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Thursday, October 22, 2009

Majlis Aidilfitri KEMAS Kapar dan Perasmian Bangunan Tabika KEMAS Bustanus As'Saffa







Satu Majlis Aidilfitri KEMAS Parlimen Kapar dan Perasmian Bangunan Tadika KEMAS Bustanus As'Saffa telah berlangsung dengan meriah pada 17 Okt 2009 bersamaan hari Sabtu bertempat di perkarangan tadika tersebut yang terletak di Jalan Nenas,Meru. Acara bermula lebih kurang jam 10.00 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan yang diiringi oleh paluan kompang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato' Hj Abd Rahman Hj Palil Adun kawasan Sementa merangkap Ketua UMNO Bahagian Kapar. Kehadiran tetamu jemputan , ibu/bapa pelajar dan juga penduduk di kejiranan sekolah tadika tersebut seramai lebih kurang 500 orang yang hadir untuk bersama memeriahkan pada pagi itu. Selesai majlis perasmian jamuan disediakan dengan pelbagai menu sempena aidilfitri.Majlis berakhir lebih kurang jam 12 tengahari.