Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Sunday, April 05, 2009

TAHNIAH DATUK HJ FAIZAL ABDULLAH



PERGERAKAN PEMUDA MERU PERDANA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA, YANG BERBAHAGIA DATUK HJ FAIZAL HJ ABDULLAH, TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN KAPAR DIATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG MEMBAWA GELARAN DATUK OLEH DYMM SULTAN KELANTAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN TUANKU.
KAMI SEBAGAI WARGA KAPAR AMAT RASA BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN YANG DITERIMA OLEH DATUK. SEMOGA DENGAN INI DAPAT MEMBERI LEBIH DORONGAN KEPADA DATUK DALAM MENERUSKAN AGENDA MEMBELA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA SEHINGGA KE TAHAP YANG LEBIH BAIK LAGI.
KAMI MENDOAKAN SEMOGA DATUK DIBERIKAN KESIHATAN DAN KEBAHAGIAAN DALAM MENERAJUI BAHAGIAN KAPAR INI AGAR TERUS LEBIH BAIK DAN MAJU.

Thursday, April 02, 2009

MEBA Fc vs SELANGOR





Perlawanan Persahabatan
MEBA Fc vs Selangor Presiden Cup
Satu perlawanan persahabatan diantara MEBA Fc menentang skuad Piala Presiden Selangor telah berlangsung pada 29 Mar 09 Ahad jam 5 petang bertempat di Padang Awam Taman Meru 4.
Rombongan pasukan Selangor diketuai oleh Sdr. Hamdan Hashim (Pengurus pasukan skuad Piala Presiden) telah hadir dengan bas rasmi pasukan Selangor, tiba lebih kurang jam 4.10 minit petang sambil diiringi pasukan bermotor seramai 100 orang terdiri dari anak-anak muda Taman Meru 4.
Jamuan ringan juga disediakan kepada pasukan Selangor sebelum perlawanan bermula.
Perlawanan bermula pada jam 5.15 petang, corak perlawanan sedikit hambar pada awal-awal perlawanan kerana kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati. Pada minit kesepuluh waktu permainan separuh masa pertama pasukan Selangor berjaya mendapat sepakan penalti setelah bola terkena tangan pemain pertahan MEBA didalam kotak penalti. Namun kecekapan penjaga gol pasukan MEBA telah menidakkan sepakan penalti pasukan Selangor.Permainan semakin rancak dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan dan cubaan bahaya dipintu gol. Akhirnya MEBA berjaya membuat kejutan diakhir masa separuh masa pertama dengan memperdaya penjaga gol Selangor dan menjaringkan gol pendahuluan.Sorakan penyokong yang membanjiri sekeliling padang Taman Meru 4 begitu luar biasa kerana kehadiran penyokong yang begitu ramai lebih kurang hampir seribu orang.
Separuh masa kedua pun bermula dan tidak sampai lima minit waktu permainan bermula,pasukan MEBA sekali lagi membuat kejutan dengan menjaringkan gol kedua hasil rembatan kencang pemain hadapan.Permainan bertambah menarik pasukan Selangor mula mendapat rentak permainan dan padang akhirnya Selangor berjaya menyamakan kedudukan gol setelah 30 minit masa permainan. Setelah jurulatih MEBA menukarkan pemain-pemain simpanan yang baru hendak diuji dalam pemilihan kali ini pasukan Selangor berjaya lagi menambah 2 gol lagi dalam masa 5 minit sahaja. Akhirnya MEBA akur dengan pengalaman Selangor dengan keputusan Selangor 4 dan MEBA 2.
Namun MEBA telah berjaya membawa pasukan Selangor datang ke kampung Meru dan MEBA juga telah berjaya membawa ramai penyokong menonton perlawanan pada petang itu.