Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia...
Kepada semua ahli keluarga, rakan taulan, sahabat handai, teman sepermainan, bloggers dan sesiapa yang mengenali diri ini, dalam kesempatan ini saya bersama keluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin" sekiranya saya dan keluarga telah melakukan apa juga kesilapan atau kesalahan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan Syawal yang menjelma menceriakan anda....

Friday, September 11, 2009

MELAYU SEMAKIN BERPECAH



DAP telah mula giat menjalankan kempen keahlian kepada orang melayu untuk bersama mereka dalam senario politik tanah air kita sekarang ini.

Siri-siri kempen sehingga ke pasar malam mereka membuka kaunter pendaftaran dan sekarang ini mereka telah berjaya membuka satu cawangan keahlian penuh orang melayu.

Penduduk melayu Kampung Lembah Kinrara yang diketuai oleh Haron Abdul Wahab telah mengambil langkah menyertai parti itu dengan alasan telah berpuas hati dengan parti itu kerana memperjuangkan semua kaum.

Beliau menyatakan telah berfikir panjang dan membuat satu keputusan muktamad dengan menyertai parti DAP tersebut dan bersedia menerima segala kritikan dari orang melayu.

Apakah perjuangan UMNO sudah tidak relevan lagi dalam kancah politik tanah air kita???

Orang melayu kita sekarang ini didalam keadaan yang amat lemah dan membahayakan dan semakin berpecah belah....tidak kira penyokong umno, pas, pkr mahupun sekarang ini dap, yang penting melayu islam harus sedar, bangsa lain sudah meneliti melayu berkuasa didalam politik dengan itu mereka memecahkan melayu melalui politik agar melayu tidak lagi bersatu dan mereka yang bukan melayu boleh mengambil alih tampuk pimpinan negara dan mereka akan menguasai segalanya. Kita lihat sekarang ini orang melayu mengetuai jabatan-jabatan didalam kerajaan dan nescaya sekiranya mereka memegang tampuk kerajaan orang melayu hanya akan memegang jawatan pembantu am rendah dan mereka yang akan memegang jawatan sebagai ketua jabatan. Kita lihat sahaja dikilang-kilang bos besar bukan melayu (cina), manager (cina), executive & supervisor (india dan cina)...dimana melayu??...kalau sebagai technician pun kena lapor pada engineer cina...melayu ramai jadi operator pengeluaran, kerani, cuci pejabat, mat despatch dan lain-lain lagi.

Oleh itu sepatutnya orang melayu tidak kira apa fahaman politik sepatutnya lebih bersatu dan mengenepikan segala egois dalam mengukuhkan kembali agama dan bangsa yang sekarang ini semakin dicabar oleh bukan melayu. Orang UMNO juga harus berubah sikap tidak mementingkan diri sendiri dalam memperjuangkan suara rakyat...masyarakat sudah mula muak dengan sikap tamak haloba segelintir pemimpin umno...jangan masuk politik kerana projek...perjuangkan hak rakyat bukannya perut sendiri....jangan bersikap sombong bila bergaul dengan masyarakat...selalu jenguk dan dengar masalah masyarakat dan bukan hanya bergaul dengan orang umno sahaja...sebagai pemuda umno kita seharusnya berjuang untuk bangsa didalam keadaan ekonomi melayu yang masih belum stabil ini...Isu gula dan harga minyak...setiap tahun mesti timbul perkara ini ...pemuda harus tampil bersuara bukan dengan membiarkan sahaja isu tersebut...berjuanglah untuk rakyat dalam meraih kembali kepercayaan mereka...harus diingat kekalahan PRU12 yang lalu bukan kerana kekuatan PR tetapi kerana kemarahan rakyat terhadap BN...berubahlah sebelum semakin parah....