Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Tuesday, May 18, 2010

Panik dan Trauma


Salam 1Malaysia...sudah lama ruangan saya ini tidak dikemaskini akibat dari kepadatan jadual tugasan yang datang.

Kali ini saya terpanggil untuk mengulas peristiwa hitam yang telah mengundang pelbagai ulasan dan spekulasi dan telah menarik minat saya untuk berkongsi pendapat dengan rakan-rakan sekalian. Sekarang ini kes tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis yang sedang menjalankan tugas telah mengenai seorang remaja berusia 15tahun sedang berjalan dimahkamah dan saya tidak mahu memberi sebarang respon  atau menyalahkan mana-mana pihak pada kejadian tersebut.

Secara terbuka rakyat negara ini mengeluarkan sebarang komen dan pendapat terhadap kejadian ini di laman-laman web,blog,facebook dan juga kenyataan media. Rata-rata ada yang mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan menyampaikan rasa simpati pada keluarga mangsa. Ada juga yang menyalahkan pihak polis dan kerajaan kerana perkara ini berlaku. Komen dan kata-kata yang panas serta pedas dilemparkan dan ada yang menyarankan agar Ketua Polis Negara perlu meletakkan jawatan. Ada juga pihak yang menyalahkan kenyataan media kerana mengeluarkan kenyataan berat sebelah yang mengaitkan mangsa sebagai penjenayah. Ada juga pihak yang mengambil kesempatan dalam hal ini bagi mendapat nama yang mana kononnya polis sekarang ini bertindak sewenang-wenangnya.

Saya mencadangkan setiap insan manusia berfikir secara waras dan terbuka dan khusus kepada yang muslim befikirlah secara seorang muslim yang mempercayai qada dan qadar. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya. Segala kejadian sudah tertulis dan sekiranya ALLAH swt ingin sesuatu kejadian itu terjadi...maka ianya akan tetap terjadi. Dan peristiwa ini telah pun berlaku dan setiap manusia seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi bukan menyalahkan dan menunding jari kepada sesiapa.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada mangsa ataupun orang kena tuduh kerana sebagai insan yang berfikiran waras kita semua patut bersimpati kepada kedua-dua belah pihak. Bukannya menunding jari kepada sesiapa pun.

Kita fikirkan...

Kalau dipihak keluarga mangsa sememangnya rasa sedih dan terkilan kerana pemergian seorang anak yang dikasihi dengan cara yang tidak sepatutnya dan beberapa kenyataan juga telah melukakan hati keluarga mangsa yang menyatakan mangsa disyaki sebagai penjenayah. Siapa yang boleh menerima semua dugaan ini sekiranya berlaku terhadap ahli keluarga kita.

Kalau di pihak polis yang bertugas pula kita harus fikirkan sekiranya diri kita didalam situasi itu bagaimanakah kita ini. Berdepan dengan situasi yang boleh juga nyawa sendiri melayang. Semuanya didalam zon bahaya yang memerlukan tindakan dan aksi yang pantas. Walaupun latihan demi latihan sudah dilalui namun situasi kejar mengejar yang berlaku secara "live" bukan semua anggota akan dapat melaluinya. Keadan panik boleh mengundang apa jua bencana yang berlaku sama ada nyawa yang disyaki ataupun nyawa anggota sendiri.

Namun semuanya telah berlaku...

Keluarga mangsa kehilangan seorang anak yang dikasihi yang tiada penggantinya walaupun syarikat insurans membayar dengan wang jutaan ringgit sekali pun. Perasaan sedih menyelubungi dan memori duka akan terpahat pada keluarga terdekat.

Bagi anggota polis yang terlibat, trauma pula yang melanda keluarga beliau. Untuk melelapkan mata pasti sukar setelah apa yang terjadi. Terbayang-bayang kejadian yang berlaku sepantas kilat dan timbul rasa bersalah didalam hati yang mangsa adalah remaja dibawah umur. Keluarga menjadi mangsa cemuhan masyarakat yang mengatakan beliau pembunuh walhal beliau hanya menjalankan tanggungjawab setelah tugas memanggil. Anak-anak beliau mengelak untuk bersekolah kerana ejekan kawan-kawan yang mengejek "Bapak kau pembunuh" dan apa yang lebih dasyat masa depan keluarga ini adalah lebih samar kerana anggota polis ini berdepan dengan hukuman mahkamah. Selagi kes ini berjalan di mahkamah selagi itulah keluarga ini akan menanggung trauma.

Apa yang saya hendak sarankan adalah semua pihak tidak mahu perkara ini berlaku, namun diatas kehendak illahi perkara ini telah pun berlaku.Oleh itu janganlah ada pihak yang hendak menyalahkan mana-mana pihak  sama ada mangsa,tertuduh,PDRM,Kerajaan ataupun mana-mana parti politik. Semua ini adalah ujian yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada keluarga mangsa dan juga keluarga tertuduh. Sebagai orang islam kita bersama mendoakan yang terbaik kepada semua pihak...Jadilah seorang islam yang mempercayai qada dan qadar....