Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Thursday, July 30, 2009

Inkues TBH~ M.Manoharan jawapan yang mencurigakan...

Sebagai seorang peguam dan ahli dewan undangan negeri kota alam shah, M.Manoharan tidak menunjukkan sikap profesional malahan dengan terang-terangan komen yang diberikan bermotif politik jahat yang memburukkan kerajaan pusat BN.

Beliau secara berterus terang mengatakan inkues ini tidak akan berjalan dengan adil dan akan memihak kepada Polis dan SPRM.

Disini kita dapat melihat cara dan gaya pergerakan dan pertuturan beliau sememangnya mencurigakan sewaktu memberi jawapan yang disoal oleh wartawan. Banyak berdaloh dalih dan tiada bukti kukuh yang dapat mengkaitkan kejadian yang berlaku adalah perbuatan khianat dan konspirasi kerajaan BN.

Sampel DNA dari anggota Polis dan SPRM telah berjaya dikumpulkan tetapi beberapa individu dari DAP yang enggan menyerahkan sampel DNA mereka.

Bagaimanakah keadilan akan tercapai sekiranya mereka yang enggan bekerjasama untuk melancarkan sesuatu perjalanan sesuatu sistem.

Mereka hanya pandai menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional akan tetapi mereka tidak menyedari yang merekalah yang menjadi dalang didalam perkara ini.

Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala kejadian.....

Tuesday, July 28, 2009

Wang Zakat Negeri Selangor - Dimana kewajarannya


Dulu adun kota damansara Dr. Nasir dalam sidang dun meminta kerajaan negeri menyalurkan wang zakat kepada semua kaum, semua kaum tu bermaksud wang zakat orang islam turut juga di nikmati oleh kaum cina dan kaum india.Tapi itu cerita setahun lalu, kini Ronnie Liew ketika dalam mesyuarat exco kerajaan negeri mengusulkan supaya wang zakat di gunakan untuk membailout berberapa anak syarikat kerajaan negeri yang hampir mampos, permintaan ronnie tu turut di sokong oleh berberapa adun cina dan india, xavier jayakumar adun seri andalas meminta kerajaan negeri melalui baitumal dan jabatan agama islam selangor memulangkan atau menukar status tanah-tanah wakaf yang terbiar kepada kerajaan negeri selangor untuk di kormesialkan.Setelah tanah-tanah wakaf ini di tukar statusnya mereka juga meminta untuk di jual tanah-tanah ni sekiranya ia mempunyi nilai kormesil, wang itu boleh digunakan untuk membayar elaun-elaun ahli majlis seluruh selangor yang kini tertunggak mencecah puluhan ribu ringgit.Desakan ini sebenarnya datangnya dari berberapa exco pakatan haram yang bukan beragama islam, mereka melihat terdapat banyak tanah-tanah wakaf orang islam yang terletak di kawasan stratigik, sekiranya di jual boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada kerajaan negeri selangor.Rodziah yang juga adun batu tiga pernah membuat janji-janji pilihanraya kepada penduduk ladang midland untuk memberikan tanah wakaf milik orang islam kepada berberapa persatuan hindu, alasannya ialah, "ia hanya status, wakaf hanya terletak pada perkataan sahaja, kalau kita tukar statusnya maka tanah itu sudah menjadi tanah kormesil", korang bayangkan la kalau seorang adun melayu sanggup bagi tanah wakaf orang islam kepada hindu, ape nak jadi dengan nasib orang melayu kalau pakatan haram dapat perintah malaysia.Soalnya sekarang ini, boleh ke tanah wakaf di tukar statusnya menjadi tanah industri? bolehkah wang zakat orang islam di gunakan untuk membailout anak syarikat kerajaan negeri yang status perniagaannya dan pelaburannya boleh di ragui? sedangkan beribu lagi orang islam di selangor ni masih memerlukan bantuan wang zakat, apa keuntungan yang orang islam dapat sekiranya tanah wakaf ini di kormesilkan? dan adakah tindakkan ini mendapat tentangan dari pada exco atau adun pakatan haram yang beragama islam?
-petikan dari darulehsan today

Sunday, July 12, 2009

Songkok- Taraf Bumiputera Dijadikan Taruhan


Melihat dari kenyataan dalam akhbar diatas ini, dapat dilihat bagaimana mereka kaum-kaum lain sudah mempersoalkan taraf bumiputera yang mana sebelum ini hanya untuk orang melayu dan penduduk peribumi. Mereka sudah mula berani mempersoalkan isu-isu sensitiviti kaum dinegara ini. Mereka sudah mula bercakap dengan lantang hak-hak keistimewaan orang melayu. Adakah orang melayu sekarang ini sedar yang kita akan dan boleh hilang hak-hak istimewa ini sekiranya mereka berkuasa pada satu hari nanti.Bagi orang melayu tidak kira apa juga parti politik PAS,PKR mahupun UMNO sepatutnya menghargai dengan keistimewaan yang kita ada dan jagalah ianya jangan sampai terlepas pada masa akan datang.