Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Sunday, August 30, 2009

Merdeka ke52


Selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke52....diam tak diam sudah lebih setengah abad kita merdeka....Perjuangan nenek moyang kita dulu dalam memperjuangkan kemerdekaan adalah didalam keperitan....sehingga kini sesiapa yang pernah merasakan hidup di dua alam sama ada merdeka atau sebelum merdeka...semestinya bersyukur yang amat sangat keadaan selepas merdeka kerana mereka semestinya merasakan penderitaan dan penindasan yang diterima sewaktu dijajah sama ada jepun ataupun inggeris....Didalam masa sekarang ini erti kemerdekaan tidak lagi dihatai oleh generasi masa kini kerana apa yang mereka tahu adalah setelah mereka celik mata dan dapat mengenali dunia ini hidup mereka telah pun bebas dari penjajahan...mereka amat beruntung kerana tidak merasakan keperitan seperti nenek moyang yang dahulunya ditindas oleh penjajah.....Dewasa ini ada gerakan yang cuba mempengaruhi dan mempropagandakan usaha-usaha kerajaan Barisan Nasional yang telah mentadbir negara kita ini dengan jayanya dengan isu-isu yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan politik dan juga ekonomi tanah air....mereka-mereka ini adalah makhluk-makhluk durjana yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menggadaikan kesejahteraan negara yang telah aman dan sentosa ini. Isu-isu yang dibawa adalah amalan rasuah, kepincangan institusi kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, PDRM dan banyak lagi....jika difikirkan semula...Semua institusi ini adalah melibatkan orang-orang melayu yang memegang jawatan-jawatan tertinggi....dapat dilihat ada usaha untuk menukarkan Pegawai-pegawai tertinggi ini kepada mereka yang bukan melayu dengan memburukkan perkhidmatan pegawai-pegawai melayu ini dengan skandal rasuah.....Perkara ini haruslah dilihat secara mendalam...Pada amnya sewaktu perjanjian kemerdekaan antara melayu dan bukan melayu sudah dimeterai dengan cantik syarat dan peraturan yang harus diikuti....akan tetapi makhluk-makhluk perosak ini juga mula mempertikaikan segalanya sehingga ada dikalangan mereka dengan lantang mencabar kewibawaan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan. Adakah benar selama ini bangsa bukan melayu dinegara ini tersisih dan terpinggir...? Oleh itu sebagai orang melayu kita wajar bersatu hati dalam membela nasib orang melayu...islam sebagai agama...dan Malaysia adalah negara tercinta....Jangan digadaikan segala yang kita ada hanya kerana rebutkan kuasa....Selama kerajaan BN memerintah semua bangsa dan kaum yang ada dinegara ini adalah terbela dan tidak ada ketegangan kaum melanda semanjak peristiwa 13 Mei 1969...oleh itu adalah wajarnya setiap insan warganegara Malaysia tidak mengira kaum atau bangsa haruslah menghormati dan memahami antara satu sama lain....UMNO dan BN tidak pernah rasis dalam membangunkan masyarakat dan negara....Satu Wawasan...Satu Gagasan...Satu Malaysia.... Merdeka....Merdeka...Merdeka...

Tuesday, August 18, 2009

Dr Ridhuan Tee Abdullah~Pendakwah Islam yang Dicerca dan Hina






Kacang Lupakan Kulit
(Mingguan Malaysia 2 Ogos 2009) luahan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.




"Saya dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula
artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk ‘Nasib Melayu di Bumi Melayu’.
Saya dituduh sebagai penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih
Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai
kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini.
Saya mengucapkan terima kasih atas yang respon yang telah disampaikan.
Saya tidak berhasrat untuk memberikan respon, kerana saya malas
melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak langsung
menampakkan bahawa mereka ini seorang yang profesional.
Orang sebegini tidak selayaknya untuk dilayan, biarlah mereka terjun
dengan labu-labunya.
Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel
yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih
memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa
kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya
maksudkan.
Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau
berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil
artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang
dikandung oleh teman wanitanya.
Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung.Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina.Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf.

Terus terang, saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata yang benar. Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun. Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain
menghalalkan perbuatan sedemikian?
Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian.Kedua-dua agama ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah. Persoalan sama ada mereka yang melakukan perbuatan sedemikian akan bertanggungjawab atau tidak, itu tidak berbangkit.
Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya
masyarakat kita? Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita? Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang Cina.
Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias.Jika orang Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain. Adakah kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan
sesuatu keburukan yang berlaku pada bangsa saya?
Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar.Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan. Begitulah sebaliknya, jika ada kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit.Pada saya, hujah yang dikemukakan mesti dibalas dengan hujah berasaskan fakta dan ilmu, bukan menyerangkan peribadi.
Untuk makluman semua, saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang
politik dan kerajaan. Tajuk tesis saya berkaitan dengan ‘persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO’.
Hujah yang saya lontar itu adalah datang daripada dapatan sebahagian
kecil kajian yang dibuat terhadap politik silang budaya kedua kaum ini
secara kuantitatif dan kualitatif.
Apakah saya tidak layak untuk memperjelaskan isu ini? Apakah yang
berkokok itu pernah membuat kajian atau sekadar emosi yang menghantui
diri sehingga tidak sedar diri?
Itupun nasib baik saya tidak ada rekod-rekod yang buruk sebelum ini
seperti ahli politik dan penulis yang lain. Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai senjata untuk mengecam saya.
Inilah budaya perkauman dan budaya ‘pandir’ yang telah dicanangkan
sejak sekian lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka
memahami sejarah sehingga menjadi manusia yang tidak mengenang budi
ini..
Malah mereka menjadi semakin ultra kiasu dan tidak mahu menerima
hakikat yang sebenar.Saya hanya cuba mengatakan yang benar.Saya tidak mendapat satu sen daripada UMNO apabila artikel tersebut disiarkan.Begitu jua saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun memeluk Islam.
Saya tidak ada banglo mewah, kereta mewah dan lain-lain kemewahan. Saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada, hidup sebagai rakyat biasa. Malangnya, bila ada komen saya menyebelahi kerajaan/UMNO saya akan dituduh bermacam-macam.
Bila idea saya menyebelahi pembangkang, saya akan dipuji melambung. Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji. Saya sentiasa memuhasabah diri apabila dikeji. Sifat ini perlu ada pada semua manusia.
Saya menulis atas kebenaran. Saya adalah kalangan orang Cina yang celik sejarah dan celik perlembagaan. Saya tahu asal usul saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya tidak fikir tulisan sedemikian rupa akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan saya ke dalam neraka,berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang peribadi orang tidak sudah-sudah.
Saya menulis apa yang benar, apa yang salah. Saya tidak menuding jari
terhadap siapa yang benar atau siapa yang salah.
Saya tidak ada masalah untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk
berhujah secara ilmiah dan akademik , bukan berasaskan sentimen,
politik sempit dan jumud. Janganlah jadi pengecut, melepaskan geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri.
Janganlah terlampau ultra kiasu kepada kaum sendiri. Tindakan ekstrem tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Malah akan mengusutkan lagi sesuatu yang telah kusut.
Terus terang saya katakan, setelah membanding Malaysia dengan
negara-negara lain di dunia, ternyata Malaysia adalah sebuah lain dari
yang lain. Amat unik dan toleransinya amat tinggi, terutama kalangan
orang Melayu. Selaku rakyat berbangsa Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah ini.
Orang Cina (juga India) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak
sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali
mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap
mereka yang berhijrah.
Mereka adalah seperti orang Cina seadanya seperti mereka di negeri
China. Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup berasaskan
keCinaan (atau keIndiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini?
Berbanding dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta
lain-lain negara dunia, mereka yang berhijrah mesti diasimilasikan
dahulu sebelum menjadi warga negara di sana.
Kita lihat di Thailand, pada tahun 1930an semua identiti kaum Cina
dihapuskan termasuk meroboh semua sekolah Cina. Hari ini, orang Cina di Thailand sudah tidak seperti orang Cina. Mereka telah diasimilasikan menjadi orang Thai (Siam). Tidak ada beza antara orang Thai dan orang Cina. Cina yang sudah tidak ada semangat Cina.
Malah mereka tidak ada keinginan langsung untuk pergi ke negeri China.
Begitu juga di Indonesia. Banyak lagi contoh lain yang boleh saya
ketengahkan. Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur.
Berbeza dengan di Malaysia, sudahlah namanya bertukar daripada Tanah
Melayu kepada Malaysia, keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Cina tetap dengan keCinaan mereka.Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan. Mereka tidak mahu ambil
tahu langsung tentang adat budaya Melayu. Malah, mereka malu berbahasa Melayu sebab mereka memandang rendah pada orang Melayu.
Istilah-istilah yang digunakan terhadap orang Melayupun
istilah-istilah menghina yang tidak perlu saya tulis di sini, kerana
sebagai orang Cina saya tahu apa yang berlaku.
Justeru, dapatan kajian saya tidak mengejut, orang Cina akan berjuang
habis-habisan sebarang percubaan untuk mengasimilasikan mereka dan
percubaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan kepada satu sekolah. Pendek kata, hidup mati orang Cina adalah dengan sekolah Cina dan
semangat keCinaan mereka.
Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi
dibesarkan dalam keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi
Cina.
Alhamdulillah, saya dapat memahami orang Melayu dengan lebih mendalam
melalui pergaulan.
Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya tahu sensitiviti orang Melayu dan cara hidup Melayu.
Latar belakang sebegini, tidak semestinya menjadikan saya orang
Melayu, kerana saya adalah orang Cina yang dijadikan Allah SWT,
darahnya tetap darah Cina. Jika saya ditakdir lahir di kawasan orang
Cina, saya fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah,
celik perlembagaan serta sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri
dan memahami sejarah negara.
Sejarah Malaysia adalah berakarkan kepada Sejarah Melayu. Malaysia
tidak boleh dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak
dapat dipisahkan juga dengan istilah ketuanan Islam dan ketuanan
Melayu.
Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu.Tetapi jika istilah ini digunakan untuk menunjukkan bahawa penduduk Melayu adalah pribumi asal, pada saya ia tidak salah sepertimana yang pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketuanan Melayu bukanlah merujuk kepada hubungan antara ‘tuan’ dan
‘hamba’. Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan digunakan jika
sekiranya nama Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah
Melayu.
Nama Malaysia tidak menampakkan identiti Melayu. Dengan sebab itu,
istilah ketuanan Melayu digunakan. Justeru, tidak salah penggunaan
istilah ini jika dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina
bangsa lain.
Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk
merujuk kepada sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja
Melayu dan hak-hak istimewa Melayu dan Islam yang termaktub dalam
perlembagaan dan sebagainya berkaitan dengan Melayu, saya fikir itu
tidak salah.
Identiti ini sekadar hendak menunjukkan bahawa inilah keadaan Malaysia
yang sebenar, sebelum dan selepas merdeka.
Apa yang penting perlaksanaan dasar mesti tidak mendiskriminasikan
semua kaum yang ada di negara ini. Jika ada pun diskriminasi atau
ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka yang
melaksanakan dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah
dipersetujui bersama. Adakah saya rasis apabila memperkatakan perkara
ini?
Saya masih teringat apabila Teresa Kok dilantik menjadi exco kerajaan
negeri Selangor, perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea untuk
mewujudkan sebuah bandar Cina di mana di situ ada kawasan
perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina untuk menarik
pelabur-pelabur daripada negara China. Apakah idea ini tidak rasis?
Adakah saya yang membangkitkan isu ini rasis? Bila saya membela Cina
tidak rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam, saya dituduh
rasis. Jangan jadi seperti gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak begitu jelas.
Bila isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu
menyebelahi Melayu, bagaikan nak runtuh satu Malaysia? Apakah politik sebegini tidak rasis? Saya harap kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.
Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya.Saya masih tidak lupa, ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati pejuang-pejuang Cina yang gugur menentang Jepun ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945.
Tugu tersebut telah didirikan atas alasan memperingati mereka yang
telah terkorban mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu.Fakta ini salah dan menyeleweng.
Ketika tugu ini sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga
bukan Melayu yang memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan
Malaysia 26.12.2006), mahukan fakta sejarah tersebut diperbetulkan dan
tugu tersebut tidak dibina.Mereka bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun.
Ini disebabkan oleh sejarah politik/perang/ permusuhan antara
Jepun-China pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun dan China saling
berperang dan berdendam antara satu sama lain.
Penentangan Cina terhadap Jepun dan penganiayaan Jepun terhadap orang
Cina, lebih kepada isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan
Tanah Melayu.MPAJA adalah alat PKM.Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, PKM mempunyai cita-cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu.
Pada masa sama sebelum itu, MPAJA diperalatkan British untuk menentang
Jepun. Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan
kemerdekaan tanah air. Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang diperkenalkan British selepas Jepun menyerah kalah?
Malangnya, hari ini tugu MPAJA telah berdiri megah di Taman Peringatan
Nilai, dan menjadi pusat penyembahan.
Apakah kerana saya membangkitkan isu ini bermakna saya rasis. Adakah
yang membina tugu itu tidak rasis? Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak rasis.
Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini. Atau terdapatkah universiti kepunyaan UMNO di negara ini?
Tetapi kita ada :
Kolej/Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA),
Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan),
Kolej New Era (Dong Jiao Zong),
Asian Institute of Medical Science and Technology (AIMST-MIC) dan
bermacam-macam lagi institusi berasaskan kaum.
Adakah ia tidak rasis? Siapakah sebenarnya yang rasis?
Cuba kaji berapa banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap
universiti kepunyaan MCA, Gerakan dan MIC ini?

Ini tidak termasuk nama-nama jalan yang ingin diubah kepada nama
individu tertentu dan menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas
alasan agar pelancong dapat tahu nama-nama jalan tersebut.

Perlukah kita mengajar pelancong ini dengan bahasa mereka sendiri.
Bukankah pelancong datang ke sini untuk memahami budaya dan bahasa
rasmi di sini.

Bukankah kita ada satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang boleh
difahami oleh semua kaum, yang perlu didaulatkan. Adakah ini tidak
rasis?
Ke manakah kita nak bawa negara Malaysia? Apakah akar Melayu perlu dibuang langsung.Pada hemat saya, apapun yang berlaku kita perlu menghormati orang
Melayu selaku penduduk asal di negara ini dari segi sejarah.Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang orang bukan Melayu.
Pendek kata, kita perlu saling hormat-menghormati perlembagaan yang
telah dipersetujui secara bersama, walaupun ia nampak lebih
menyebelahi orang Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan Melayu tidak
diabaikan.
Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itulah hakikat yang sebenar. Saya tidak fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, menggunakan wang sendiri mereka.Kebanyakan rumah ibadat kaum-kaum lain dibina di atas tanah kerajaan.
Bukan Melayu tidak boleh membandingkan agama mereka dengan Islam,
kerana terdapat peruntukan istimewa kedudukan Islam dalam
perlembagaan.
Perkara ini telah dipersetujui secara bersama ketika perlembagaan
digubal. Justeru, keistimewaan agama Islam perlu dihormati. Sudah
pasti dalam hal ini hak bukan Islam tidak terabai kerana Islam
menghormati hak agama-agama lain.
Begitu juga dengan DEB. Ia tidak boleh dilihat dari perspektif negatif
semata-mata.Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat habuan daripada kejayaan orang Melayu dalam DEB?
Sila baca buku yang ditulis oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan
Joo Lan dalam bukunya the Chinese Malaysian Contribution.Mereka melihat bagaimana orang Cina mendapat habuan apabila orang Melayu turut berjaya.

Jika orang Melayu berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar
adalah orang Cina.Ini bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan dan kejayaan sama.
Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata-mata? Jawabannya tidak!
Banyak faktor yang menyumbang seperti dasar-dasar kerajaan, kejayaan
DEB dan sebagainya.Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata-mata kerana usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.
Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui asal-usul sejarah Malaysia terlebih dahulu.Bagaimana Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia? Bagaimana identiti sesebuah negara tercabut disebabkan oleh tolak ansur meraikan semua pihak?
Sedangkan kita tahu bahawa Tanah Melayu, boleh terus kekalkan menjadi
nama Tanah Melayu. Begitu juga di Singapura, boleh terus kekal menjadi salah sebuah negara Melayu di kepulauan Melayu.
Kenapakah sebuah negara Melayu boleh terlepas menjadi negara Cina di
kepulauan Melayu? Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya nasib kita berada di sini? Kita perlu ingat, bermasyarakat majmuk bukan berlaku secara semulajadi. Tidak ada satu negara di dunia bermula dengan masyarakat majmuk.Semua negara bermula dengan satu bangsa.Nama bangsa tersebut, biasanya akan menjadi nama sesebuah negara itu.
Misalnya, Melayu – Tanah Melayu, Cina – China, India – India, Siam –
Siam (Thai), Vietnam – Vietnam, Arab – negara-negara Arab, barat –
negara-negara kulit putih dan sebagainya.
Kemajmukan sesebuah negara berlaku disebabkan oleh penghijrahan. Justeru, kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku sedemikian rupa? Setelah dikaji, bandingkan, siapakah atau negara manakah yang lebih bernasib baik?
Orang orang Melayu tidak ada lagi tempat dituju melainkan di
negara-negara kepulauan mereka sendiri. Sedangkan orang lain mungkin
ada tempat yang hendak dituju. Bandingkan juga dengan Singapura.Sebuah negara Melayu yang telah jatuh kepada orang majoriti Cina. Adakah nasib Melayu Singapura terbela?

Adakah kerajaan Singapura mempercayai orang Melayu? Berapa ramai kah orang Melayu Singapura dilantik menjadi menteri dan jawatan-jawatan tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain-lain? Kerajaan Singapura lebih mempercayai orang India yang majoritinya lebih kecil daripada Melayu?
Orang Melayu Singapura merempat di bumi mereka sendiri. Adakah kita
mahu ia berlaku di Malaysia? Dalam isu Teoh Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian beliau perlu dibela.
Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan-pandangan
yang boleh mengguris hati orang lain. Orang Melayu tidak hanya berada didalam PKR dan PAS sahaja!Melayu juga ada didalam UMNO, parti-parti lain dan ada yang tidak menyertai mana-mana parti politik.
Adakah kerana kita berada dalam Pakatan, bermakna kita hanya perlu
menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja.Bagaimana dengan yang lain? Saya mengaitkan isu Teoh Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat yang beragama.Mana ada satupun agama yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin? Jika adalah orang Islam yang terlibat dalam seks bebas sebelum berkahwin, itu adalah salah individu individu tersebut.Jangan pula agama mereka dipersalahkan. Agama itu terlalu suci.Kalau tidak faham agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil.
Bila saya bercakap seumpama ini saya dituduh tali barut UMNO.Apakah UMNO ini terlalu buruk? Apakah UMNO tidak ada jasa langsung terhadap orang Cina atau Melayu yang lain? Adakah kejayaan orang Cina ini hari berlaku dengan secara semulajadi? Apakah UMNO itu terlalu buruk sehingga kepentingan kaum lain dinafikan sama sekali? Memang tidak dinafikan bahawa UMNO ada kelemahan, kerana UMNO itu ditadbirkan oleh manusia.
Jika ada penyelewengan dan korupsi dalam UMNO, itu adalah perbuatan
segelintir individu, masih ramai orang UMNO yang baik-baik yang masih
boleh dijadikan kawan dan didakwahkan.Adakah kita terlampau baik sehingga tidak boleh ditegur? Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit. "

Posted by RIDHUAN TEE at 4:21 PM




Apa yang kita dapat diatas ini adalah, kita dapat menilai kejujuran seseorang itu apabila memberi ulasan tentang islam ataupun berdakwah tentang agama ataupun kehidupan seharian. Kita boleh dapat membezakan kenyataan yang diberikan oleh Dr Riduan Tee Abdullah dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh parti yang konon-kononnya memperjuangkan negara Islam didalam perjuangan politiknya. Kita semua dapat melihat dengan jelas yang parti islam semalaysia(pas) hanya mempergunakan agama demi mandapat sokongan untuk kuasa politik mereka sahaja.




Kalau nik aziz menyatakan semua ahli umno tidak boleh masuk syurga kerana perjuangkan islam palsu seperti di palestine... dimana persoalannya adalah...


siapakah dia yang boleh menentukan dosa dan pahala...syurga dan neraka untuk manusia dimuka bumi ini...???? Pada dasar logik sini pun kita semua sudah faham...SYURGA dan NERAKA adalah pasti dan kesemuanya itu adalah bergantung pada amalan setiap manusia dibumi ALLAH...




Kita juga dapat melihat bahawa sudah terang-terangan pas hanya gunakan hukum agama bagi meraih sokongan politik semata-mata.




Kami PERGERAKAN PEMUDA UMNO akan sentiasa pertahankan kepentingan AGAMA ISLAM dari dihina dan dikutuk oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Lihat di negeri kelantan kesemua masjid didirikan oleh kerajaan BN bukannya kerajaan negeri....sememangnya UMNO begitu komited dalam politik bagi menegakkan syiar ISLAM dan bukannya seperti pas hanya mementingkan kuasa dan pergunakan ISLAM sehinggakan maruah penguatkuasa MBSA yang merampas arak di 7-eleven Shah Alam....dimarahai,diherdik,dicaci oleh rakan dalam pr...jahanam dap....dimana manifesto yang telah dijanjikan oleh pas semasa pilihan raya....hanya gunakan agama untuk kesenangan mereka....renung-renungkan....

Thursday, August 13, 2009

PAS - ADAKAH BERJAYA MEMARTABATKAN ISLAM ATAU MEMBIARKAN ISLAM DIHINA????


"AMBO NIE LUM TUO...WARAH LAGI NIH...JANGE ROYAK AMBO NYANYOK"

"TUAN GURU MESTI TETAP BERSAMA KAMI...SAYA AKAN PASTIKAN TUAN GURU KAYA RAYA DENGAN ROYALTI MINYAK....SOKONG SEMUA YANG DILAKUKAN DAP DAN JANGAN LUPAR TUAN GURU DOAKAN NAJIB, ROSMAH DAN SEMUA ORANG UMNO LINGKUP...." "OK....OK BEREH...."

"ASSALAMEILEKUM WARAMATULAHHIWARAKATU.......KAWAN-KAWAN MUSLIM SAYA DI SINI SAYA TIDAK MAHU BEERCAKAP PANJANG...KERANA ITU SURAH AURA SUDAH TIDAK ADA...SAYA TIDAK JADI JOIN MUSLIM....JADI SAYA MAU KAWAN-KAWAN MUSLIM SAYA... FOLO SAYA.....

- KITA BAKAR LILIN MACAM KRISTIAN BIKIN DENGAN TUNDUK HORMAT SAJA MA... LAILO....LAILO...ITU NIK AZIZ PUN KATA OK MA....TARAK MARAH...SUME OK....


"AIYAA SAPA SULA KASI PECAH WA PUNYER PRIVACY MA.....WA PUNYA SUKA LA WA MAU JANTAN MANA....MALAYU KA...CHINA KA..."
"TUAN GULU R....SAYA MALU LA MAU JUMPA SAMA PUBLIC....SAYA MAU RESIGN....TAPI..R...ABANG ANWAR CAKAP JANGAN RESIGN LOR....TAPI SAYA MALU LOR..."

"MU SABA...JANGE CEPAK MLATOH...NANTI KAWE KLUARKAN FATWO...MU TERANINAYO JAR....BOY FREN MU DOK PATUK WAK LAGU TU PADO MU....JAHAK SUNGGUH...MENATE BTUL......"

LEPAH NI...MU IKUK KAWE JAR...KITE GI CERAMAH......T LAGI RAMA BY FREN ADO....
BAIK BAIK BELAKO...

BUT I'M FELT GUILTY......

TAK PO....T KAWE MINTOK KE.. AMPUN UNTUK MU.......








BERDOA YANG BAIK DAN KESEJAHTERAAN UNTUK RAKAN SEPERMAINAN.....TETAPI SOLAT HAJAT DAN BERDOA UNTUK KEHANCURAN NAJIB,ROSMAH, AHLI UMNO DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG MANA MAJORITI SEMUA SAUDARA SESAMA ISLAM......


"APE LA NASIB AKU NIE....ISLAM DALAM PERJUANGAN...TAPI KAWAN MAKAN KAWAN....DITELAN PAHIT HENDAK KU LUAH TERASA SAYANG"

"SAPA BERANI KACAU WA...??? SIKALANG WA PIGANG SATU SELENGO PUNYE PBT TAU...WA BOLEH COLLECT PLOTECTION MONEY ANYWHERE I LIKE...." SAPA KACAU WA...WA CAMPAK JATUH DARI BANGUNAN WO....I DON'T CARE WHO ARE U...MALAY...CHINESE OR INDIAN.....



"SIKALANG KITA SUDAH SINANG MA....WE CAN PARTY NOW.......MOMANTAI MA....


KALAU DULU...PEMIMPIN PAS MELAUNGKAN "TAKBIR" PENYOKONG AKAN MENJAWAB "ALLAHUAKBAR"....
SEKARANG "TAKE BEER".....JAWAB..."YAMSEENNGG" ERK..ERK..

Tuesday, August 11, 2009

Dimana IMAN seorang ISLAM...???

Astgahfirullahalazim......apa nak jadi ni...???

Dimana moralnya..???

Dimana keimanannya..???

Dimana rasionalnya....???

Adakah ini iklan yang betul atau hanya nak mengaibkan seseorang...???

Janganlah anda percaya dan terikut akan iklan ini kerana ianya sesat lagi menyesatkan....

Sekiranya anda dihimpit kesusahan, memohonlah dari ALLAH semoga segala cabaran dan ujian dariNYA dipermudahkan dan selalukah berfikiran ada insan yang lebih kesusahannya dari anda dan berusaha dan bekerja dengan ikhlas dan sepenuh hati nescaya ganjaran dan rezeki yang ALLAH berikan adalah yang terbaik. Apa yang terjadi dimuka bumi ini adalah ujian dariNYA...kita tempuhi dengan redha nescaya akan selamat dunia akhirat....INSYAALLAH...

Friday, August 07, 2009

TUJUH WASIAT RAJA MELAYU

*KAMI NAMAKAN, KAMI PANGGIL DIA, BUMI YANG KAMU PIJAK DAN LANGIT YANG KAMU JUNJUNG PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali sebagai MALAYSIA)


* KAMI ISYTIHARKAN DAN KAMI SIMPAN UNTUK KAMU DAN KAMI BENARKAN KAMU ISYTIHAR DAN SIMPAN UNTUK ANAK CUCU KAMU, SELAIN GUNUNG GANANG, TASIK DAN HUTAN SIMPAN, TANAH SIMPANAN MELAYU SEHINGGA NISBAH 50%, SELEBIHNYA KAMU REBUTLAH BERSAMA-SAMA KAUM LAIN

* BAGI MENJAGA KAMU DAN BAGI MELINDUNGI ANAK CUCU KAMU SERTA HARTA HAK MILIK KAMU, KAMI TUBUHKAN REJIMEN ASKAR MELAYU SELAIN UNTUK MEMBENTERAS KEKACAUAN DALAM NEGARA DAN ANCAMAN DARI LUAR NEGARA


* KAMI KEKALKAN DAN KAMI JAMIN KERAJAAN DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU MEMERINTAH NEGARA INI


* KAMI ISYTIHARKAN ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN

* KAMI TETAPKAN BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU

* KAMI AMANAHKAN DAN KAMI PERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU UNTUK MELINDUNGI KEDUDUKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN



Berapa ramaikah orang MELAYU yang sedar kewujudan WASIAT RAJA MELAYU ini....?

Pengorbanan Raja-Raja Melayu sewaktu untuk mencapai kemerdekaan pun tidak ramai yang ambil tahu...

Petikan ini dan perjuangan serta pengorbanan Raja Melayu bersama rakyat jelata boleh ditonton didalam Filem Hati Malaya 1957....
Tontoni dan hayati filem itu dengan baik kerana kita boleh kehilangan apa yang telah kita ada sekarang ini sekiranya semua orang MELAYU berpecah.