Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidurasul


Assalamualaikum wbt....

Sempena memperingati hari kebesaran Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri,mengkaji dan menilai diri serta mengenang kembali apakah perjuangan dan pengorbanan yang telah kita telah berikan ke jalan islam demi menegakkan syiar islam agar islam terus utuh ke hingga hari kiamat nanti. Adakah kita mencontohi dan mengikuti sifat-sifat terpuji Rasullulah dalam kehidupan seharian kita...adakah kita amanah dalam menjalankan tanggungjawab, adakah kita berkata yang baik dengan saudara-saudara kita, adakah kita membela nasib fakir miskin dan anak yatim...jadi sempena hari besar junjungan kita ini seharusnya kita renung-renungkan...kematian, soal kubur, kiamat, syurga dan neraka itu adalah pasti...."Salam Maulidurasul"....

Friday, February 12, 2010

Kempen Daftar Pemilih

Sessi kempen daftar pemilih bagi Pusat Daerah Mengundi Kampung Nenas akan dijalankan pada masa dan tarikh seperti berikut :

Tarikh : 13 Feb 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00pg - 12.00tgh
Tempat : Dewan Mahameru Jalan Jambu.

Kepada sesiapa yang belum mendaftar sebagai pengundi boleh hadir dan daftarkan diri anda.
Sila bawa salinan kad pengenalan. Jumpa anda disana.

Friday, February 05, 2010

Bicara Isu Semasa - PDM Kg Nenas

MAJLIS BICARA ISU-ISU SEMASA AKAN DIANJURKAN OLEH JAWATANKUASA PUSAT DAERAH MENGUNDI KG NENAS, DUN MERU, BAHAGIAN KAPAR SEPERTI JADUAL BERIKUT:

TARIKH : 5 FEB 2010 (JUMAAT)

MASA: 8.30mlm

TEMPAT: BILIK GERAKAN MAHAMERU,JALAN JAMBU

MODERATOR & PENCERAMAH : UST FARID SAMAES & DATO' SALAMON SELAMAT

Kepada mereka yang berdekatan dijemput hadir bersama untuk maklumat terkini dan maklum balas dari anda.

Jumpa anda disana.