Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Monday, August 30, 2010

Salam Kemerdekaan & Syawal 2010


Assalamualaikum wbt....

Salam Ramadhan dan Kemerdekaan....

Setelah lama menyepi dan tidak mengemaskini halaman saya ini dan sempena bulan ramadhan serta menyambut ulang tahun kemerdekaan negara dan juga syawal yang akan menjelang tidak lama lagi...saya ingin berkongsi beberapa perkara...

dalam bulan penuh barokah ini kita telah dihidangkan dengan beberapa isu moral dan sejagat yang mana memberi tamparan hebat kepada umat islam dan juga rakyat malaysia.

kes-kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku setiap hari walaupun kerajaan telah meluluskan akta yang mana individu-individu yang terbabit boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati...dan kita dapati masih lagi ada individu yang tidak mengenal erti takut dan masih lagi membuang bayi-bayi yang dilahirkan akibat dari ketelanjuran mereka...Berikan lah anak-anak yang tidak berdosa ini kepada orang lain untuk dipelihara sekiranya anda tidak mahukan mereka...

kita juga dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak yang penuh tragis akibat dari kecuaian mereka yang menyeludup, menyimpan dan menjual mercun...dan kes-kes sebegini rupa akan menghantui kita pada setiap kali ramadhan. Bilakah masyarakat kita akan mengambil iktibar dari setiap apa yang telah terjadi..?

dan isu yang sedang hangat sekarang ini adalah tentang majlis-majlis penyampaian sumbangan yang dilakukan oleh Adun dan Ahli Parlimen bukan islam didalam ruang solat di masjid dan surau-surau yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat...sebelum ini Sultan Selangor pernah menitahkan agar masjid dan surau di dalam jajahannya tidak menganjurkan program parti politik yang mana dikhuatiri boleh menyinggung sesetengah pihak dan menimbulkan pecah belah diantara masyarakat.

dan dalam bulan ramadhan kali ini juga kita dikejutkan dengan seorang khatib di pulau pinang yang mendoakan nama seorang pemimpin  bukan islam didalam doa kutbah jumaat dan tidak mendoakan pemimpin islam yang ada didalam pentadbiran negeri terbabit... ini bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh majlis agama islam di setiap negeri di dalam negara ini

isu-isu yang telah berlaku adalah akibat daripada kegagalan exco yang menjaga hal ehwal agama islam pada setiap negeri pimpinan pakatan rakyat dan dengan hanya kerana mementingkan populariti politik mereka sanggup untuk menghalalkan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku...mereka sepatutnya memberikan garis panduan sebelum sesuatu program itu dijalankan...malangnya ini semua tidak berlaku..dan mereka hanya pandai menunding jari dan menyatakan salah orang lain...

sesungguhnya agama islam itu adalah saling nasihat dan menasihati...

Isu yang paling menggemparkan dalam menuju sambutan kemerdekaan negara adalah tentang kedutaan Malaysia di Jakarta telah dilempar dengan najis manusia dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan yang mereka namakan BENDERA... kumpulan ini adalah satu kumpulan yang mana menyatakan benci kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya.... dan mereka telah menjalankan kempen "Ganyang Malaysia" dan juga "Sweeping Malaysia". Kumpulan ini dipercayai ditaja oleh individu tertentu bagi menakutkan rakyat malaysia dan mengeruhkan hubungan antara Indonesia dan Malaysia....

Malaysia dan Indonesia adalah serumpun dan diharap kedua-dua kerajaan memainkan peranan yang sewajarnya bagi menangani isu ini agar dapat diselesaikan dengan baik....dan bagi rakyat kedua negara hendaklah bertindak dengan fikiran yang waras dari menjadi kan ianya lebih buruk...

Dan sempena Ramadhan, Kemerdekaan dan Syawal yang akan menjelang ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan agar saling membantu dan menghormati antara satu dengan yang lain bagi menjamin kesejahteraan semua pihak...kesejahteraan sekarang yang dikecapi adalah hasil titik peluh nenek moyang kita.....peliharalah dan sentiasa ingati jasa baik mereka...

Kita doakan kepada semua pejuang yang telah gugur dalam mempertahankan negara ini dari ancaman musuh... 
 Al-Fatihah...................amin.....