Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Tuesday, June 22, 2010

Keruntuhan & Kebejatan Moral

Apa nak jadi dengan manusia sekarang ini...zuriat pemberian ALLAH SWT dengan kejam dibunuh dan dibuang atas alasan mereka-mereka ini adalah anak luar nikah. Sekiranya kelahiran mereka ini tidak mahu diterima janganlah kamu berzina dan sekiranya telah berlaku kelahiran dan janganlah bayi-bayi comel ini dibuang seperti sampah atau bangkai haiwan, jadilah manusia yang ada hati dan perasaan. Sesungguhnya binatang lebih menyayangi anak mereka, inikan manusia yang telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dengan waras.

Ini  adalah akibat dari diri sendiri yang mementingkan nafsu semata-mata. Amalan hidup secara bebas dan terbuka. Jangan dipersalahkan orang atau pihak lain kerana keimanan dan ketaqwaan adalah pucuk pangkal dari individu itu sendiri. Dapat kita perhatikan pergaulan anak-anak muda sekarang ini terlalu bebas dan ini adalah faktor yang menyumbang kepada seks luar nikah yang telah banyak terjadi sekarang ini.



Semasa anda seronok dan bersukaria...anda hanya memikirkan nafsu dan kepuasan anda didunia semata-mata, tidak pernah memikirkan keburukan dan azab yang akan anda terima...sedarlah wahai manusia bahawa jalan yang anda ikuti ini lagi melalaikan dan menyesatkan....pulanglah ke pangkal jalan...sedar dan bertaubatlah kerana pintu taubat itu masih lagi terbuka.


Lihatlah wajah-wajah comel insan dan tidak berdosa yang patut dibela dan hargai ini, tergamak ibu dan ayah mereka membiarkan darah daging mereka sebegini rupa. Apakah yang mereka fikirkan dengan membuang bayi-bayi ini hidup mereka telah lepas dari dosa dan hukuman? Apakah dengan cara membuang mereka ini dapat menutup malu dan aib ibu dan ayah mereka ini?


Jangan biarkan diri anda yang telah hanyut dan tewas ditelan nafsu itu menyesatkan lagi diri anda sehingga sanggup membunuh nyawa yang tidak berdosa yang paling penting ianya adalah darah daging anda sendiri.


Sebuah kesilapan boleh diperbaiki sekiranya anda ingin perbaikinya dan ianya juga boleh menambah kerosakan sekiranya anda juga yang inginkan sebegitu.


Keluarga dan masyarakat,janganlah terus menghukum anak-anak muda yang telah silap dalam percaturan kehidupan meraka ini, berikanlah perhatian kepada mereka dan cuba bantu mereka dalam menyelesaikan masalah bukannya memarahi dan menghukum secara membuta tuli kerana sesuatu kesilapan yang telah berlaku.

Anda disaran menyuarakan pendapat dan komen bagi mencari jalan bagi mencari penyelesaian kes keruntuhan moral ini. Marilah bersama menyelesaikan sesuatu masalah dari menyalahkan semua pihak sekiranya sesuatu perkara berlaku.Kerajaan juga disarankan mencari jalan yang terbaik bagi menangani isu ini secara menyeluruh. 

Wednesday, June 16, 2010

Sekitar Persidangan Tahunan Cawangan Meru Perdana

Syukur alhamdulillah, persidangan untuk kali ini lebih berjaya kerana kehadiran yang begitu menggalakkan. Anak muda sekarang ini telah mula sedar tentang hakikat perjuangan pakatan rakyat hanya mementingkan kuasa dan kepentingan individu berbanding memperjuangkan rakyat marhein. Mereka sekarang ini lebih percaya UMNO dan Barisan Nasional adalah yang terbaik dalam membangunkan dan memperjuangkan hak mereka.

Terima kasih juga kepada Dato Hj Abd Rahman Hj Palil, Pn Hjh Norliza Hj Ahmad dan juga Jawatankuasa UMNO Bahagian Kapar yang telah hadir pada malam tersebut.

Selesai sudah persidangan, aktiviti pertandingan bolasepak virtual PS2 dijalankan oleh Kelab Belia Generasi Aktif Meru Perdana, tahniah kepada Pengerusi, Sdr Mohd Zahri Zabidi bersama jawatankuasanya kerana berjaya menjalankan aktiviti dengan cemerlang sekali.



Sunday, June 06, 2010

PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN

SALAM 1 MALAYSIA

Kepada semua ahli cawangan UMNO Meru Perdana, persidangan tahunan cawangan akan dijalankan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 11 Jun 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Lot 1955 Jalan Nenas, Perkarangan Kediaman Tim.Ketua Cawangan

Sebagai ahli yang bertanggungjawab, anda diminta hadir ke persidangan ini dalam menyuarakan pelbagai usul dalam membela agama, bangsa dan tanah air.

Perjuangan yang belum selesai....

Harap maklum...