Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Thursday, July 30, 2009

Inkues TBH~ M.Manoharan jawapan yang mencurigakan...

Sebagai seorang peguam dan ahli dewan undangan negeri kota alam shah, M.Manoharan tidak menunjukkan sikap profesional malahan dengan terang-terangan komen yang diberikan bermotif politik jahat yang memburukkan kerajaan pusat BN.

Beliau secara berterus terang mengatakan inkues ini tidak akan berjalan dengan adil dan akan memihak kepada Polis dan SPRM.

Disini kita dapat melihat cara dan gaya pergerakan dan pertuturan beliau sememangnya mencurigakan sewaktu memberi jawapan yang disoal oleh wartawan. Banyak berdaloh dalih dan tiada bukti kukuh yang dapat mengkaitkan kejadian yang berlaku adalah perbuatan khianat dan konspirasi kerajaan BN.

Sampel DNA dari anggota Polis dan SPRM telah berjaya dikumpulkan tetapi beberapa individu dari DAP yang enggan menyerahkan sampel DNA mereka.

Bagaimanakah keadilan akan tercapai sekiranya mereka yang enggan bekerjasama untuk melancarkan sesuatu perjalanan sesuatu sistem.

Mereka hanya pandai menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional akan tetapi mereka tidak menyedari yang merekalah yang menjadi dalang didalam perkara ini.

Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala kejadian.....

No comments:

Post a Comment