Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~


Mentera Semerah Padi

Friday, August 07, 2009

TUJUH WASIAT RAJA MELAYU

*KAMI NAMAKAN, KAMI PANGGIL DIA, BUMI YANG KAMU PIJAK DAN LANGIT YANG KAMU JUNJUNG PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali sebagai MALAYSIA)


* KAMI ISYTIHARKAN DAN KAMI SIMPAN UNTUK KAMU DAN KAMI BENARKAN KAMU ISYTIHAR DAN SIMPAN UNTUK ANAK CUCU KAMU, SELAIN GUNUNG GANANG, TASIK DAN HUTAN SIMPAN, TANAH SIMPANAN MELAYU SEHINGGA NISBAH 50%, SELEBIHNYA KAMU REBUTLAH BERSAMA-SAMA KAUM LAIN

* BAGI MENJAGA KAMU DAN BAGI MELINDUNGI ANAK CUCU KAMU SERTA HARTA HAK MILIK KAMU, KAMI TUBUHKAN REJIMEN ASKAR MELAYU SELAIN UNTUK MEMBENTERAS KEKACAUAN DALAM NEGARA DAN ANCAMAN DARI LUAR NEGARA


* KAMI KEKALKAN DAN KAMI JAMIN KERAJAAN DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU MEMERINTAH NEGARA INI


* KAMI ISYTIHARKAN ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN

* KAMI TETAPKAN BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU

* KAMI AMANAHKAN DAN KAMI PERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU UNTUK MELINDUNGI KEDUDUKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN



Berapa ramaikah orang MELAYU yang sedar kewujudan WASIAT RAJA MELAYU ini....?

Pengorbanan Raja-Raja Melayu sewaktu untuk mencapai kemerdekaan pun tidak ramai yang ambil tahu...

Petikan ini dan perjuangan serta pengorbanan Raja Melayu bersama rakyat jelata boleh ditonton didalam Filem Hati Malaya 1957....
Tontoni dan hayati filem itu dengan baik kerana kita boleh kehilangan apa yang telah kita ada sekarang ini sekiranya semua orang MELAYU berpecah.

No comments:

Post a Comment