Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~


Mentera Semerah Padi

Tuesday, May 18, 2010

Panik dan Trauma


Salam 1Malaysia...sudah lama ruangan saya ini tidak dikemaskini akibat dari kepadatan jadual tugasan yang datang.

Kali ini saya terpanggil untuk mengulas peristiwa hitam yang telah mengundang pelbagai ulasan dan spekulasi dan telah menarik minat saya untuk berkongsi pendapat dengan rakan-rakan sekalian. Sekarang ini kes tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis yang sedang menjalankan tugas telah mengenai seorang remaja berusia 15tahun sedang berjalan dimahkamah dan saya tidak mahu memberi sebarang respon  atau menyalahkan mana-mana pihak pada kejadian tersebut.

Secara terbuka rakyat negara ini mengeluarkan sebarang komen dan pendapat terhadap kejadian ini di laman-laman web,blog,facebook dan juga kenyataan media. Rata-rata ada yang mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan menyampaikan rasa simpati pada keluarga mangsa. Ada juga yang menyalahkan pihak polis dan kerajaan kerana perkara ini berlaku. Komen dan kata-kata yang panas serta pedas dilemparkan dan ada yang menyarankan agar Ketua Polis Negara perlu meletakkan jawatan. Ada juga pihak yang menyalahkan kenyataan media kerana mengeluarkan kenyataan berat sebelah yang mengaitkan mangsa sebagai penjenayah. Ada juga pihak yang mengambil kesempatan dalam hal ini bagi mendapat nama yang mana kononnya polis sekarang ini bertindak sewenang-wenangnya.

Saya mencadangkan setiap insan manusia berfikir secara waras dan terbuka dan khusus kepada yang muslim befikirlah secara seorang muslim yang mempercayai qada dan qadar. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya. Segala kejadian sudah tertulis dan sekiranya ALLAH swt ingin sesuatu kejadian itu terjadi...maka ianya akan tetap terjadi. Dan peristiwa ini telah pun berlaku dan setiap manusia seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi bukan menyalahkan dan menunding jari kepada sesiapa.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada mangsa ataupun orang kena tuduh kerana sebagai insan yang berfikiran waras kita semua patut bersimpati kepada kedua-dua belah pihak. Bukannya menunding jari kepada sesiapa pun.

Kita fikirkan...

Kalau dipihak keluarga mangsa sememangnya rasa sedih dan terkilan kerana pemergian seorang anak yang dikasihi dengan cara yang tidak sepatutnya dan beberapa kenyataan juga telah melukakan hati keluarga mangsa yang menyatakan mangsa disyaki sebagai penjenayah. Siapa yang boleh menerima semua dugaan ini sekiranya berlaku terhadap ahli keluarga kita.

Kalau di pihak polis yang bertugas pula kita harus fikirkan sekiranya diri kita didalam situasi itu bagaimanakah kita ini. Berdepan dengan situasi yang boleh juga nyawa sendiri melayang. Semuanya didalam zon bahaya yang memerlukan tindakan dan aksi yang pantas. Walaupun latihan demi latihan sudah dilalui namun situasi kejar mengejar yang berlaku secara "live" bukan semua anggota akan dapat melaluinya. Keadan panik boleh mengundang apa jua bencana yang berlaku sama ada nyawa yang disyaki ataupun nyawa anggota sendiri.

Namun semuanya telah berlaku...

Keluarga mangsa kehilangan seorang anak yang dikasihi yang tiada penggantinya walaupun syarikat insurans membayar dengan wang jutaan ringgit sekali pun. Perasaan sedih menyelubungi dan memori duka akan terpahat pada keluarga terdekat.

Bagi anggota polis yang terlibat, trauma pula yang melanda keluarga beliau. Untuk melelapkan mata pasti sukar setelah apa yang terjadi. Terbayang-bayang kejadian yang berlaku sepantas kilat dan timbul rasa bersalah didalam hati yang mangsa adalah remaja dibawah umur. Keluarga menjadi mangsa cemuhan masyarakat yang mengatakan beliau pembunuh walhal beliau hanya menjalankan tanggungjawab setelah tugas memanggil. Anak-anak beliau mengelak untuk bersekolah kerana ejekan kawan-kawan yang mengejek "Bapak kau pembunuh" dan apa yang lebih dasyat masa depan keluarga ini adalah lebih samar kerana anggota polis ini berdepan dengan hukuman mahkamah. Selagi kes ini berjalan di mahkamah selagi itulah keluarga ini akan menanggung trauma.

Apa yang saya hendak sarankan adalah semua pihak tidak mahu perkara ini berlaku, namun diatas kehendak illahi perkara ini telah pun berlaku.Oleh itu janganlah ada pihak yang hendak menyalahkan mana-mana pihak  sama ada mangsa,tertuduh,PDRM,Kerajaan ataupun mana-mana parti politik. Semua ini adalah ujian yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada keluarga mangsa dan juga keluarga tertuduh. Sebagai orang islam kita bersama mendoakan yang terbaik kepada semua pihak...Jadilah seorang islam yang mempercayai qada dan qadar.... 

9 comments:

  1. SALAM TUAN,

    SAYA AMAT BERSETUJU SEKALI DGN ULASAN YG TUAN HURAIKAN...INTINYA..."QADA & QADAR" DARI ALLAH S.W.T....SEBAGAI SEORG YG MENGAKU DIRINYA "ISLAM" ADALAH WAJIB MEMPERCAYAI QADA & QADAR...DAH MEMANG TUGASAN YG BKN ISLAM YG ADA DIMUKA BUMI INI UTK MEMPORAK PERANDAKAN AQIDAH & KEPERCAYAAN UMAT MUSLIM DIDUNIA INI...APA2 PUN DUNIA HANYA TEMPAT SEMENTARA SAJA...

    ReplyDelete
  2. Dugaan orang islam sekarang ini semakin bertambah dengan isu moral, wang ringgit dan macam macam lagi...oleh itu kita sesama islam wajib tegur menegur dan saling nasihat menasihati sesama kita dan bersatu kembali dalam membina ukhwah bagi memberi kekuatan pada islam dan umatnya...

    ReplyDelete
  3. Punca utama :Di Warta Perdana TV UBN, muka pembaca berita & KP Negeri memaklumkan seorang budak ditembak mati suspect seorang penyamun yg mengunakan PARANG..

    Inilah kesnya...
    BUKAN Qada' & Qadar'.... mati semua org mati dan akan mati... polis akan tembak dan terus tembak...

    Isunya : Menyamun dgn parang...

    tak faham?, atau memang org UBN ni tuli & pekak..?

    ReplyDelete
  4. Anon 5.25

    sekarang ni anda pun tidak ada didalam situasi kejar mengejar tu...anda pun tidak tahu situasi sebenar.... kalau anda polis anda diarahkan mengejar satu kereta suspek...dan anda telah memberi arahan berhenti dan tidak dihiraukan...anda lepaskan tembakan amaran pun masih berdegil dan akhirnya anda menembak kearah kereta dan mungkin tujuan anda untuk menembak kearah tayar kereta...namun akibat dari situasi kejar mengejar tu anda tertembak kearah pemandu kereta...jadi soalannya adakah anda tahu yang usia pemandu itu 15tahun..? adakah anda tahu yang pemandu itu seorang remaja yang baik...? (disini saya tidak menyatakan Arwah adalah seorang penjenayah)Adakah anda tahu mereka dari mana..? pernahkah anda fikir perkara ini tidak akan berlaku sekiranya para remaja bawah umur tidak berada diluar pada lewat larut malam...
    Pernahkah anda terfikir tugas seorang polis membenteras jenayah berdepan dengan risiko MATI setiap hari...? Mungkin anda tidak pernah berjumpa dengan penjenayah remaja atau peragut berusia dari 13tahun...tetapi hakikatnya ada penjenayah cilik diluar sana... Isu menyamun dengan parang tu dah x didengar lagi...polis pun hanya menyatakan disyaki penjenayah...dan ditemui parang...sekarang yang lebih adalah sikap anda sebagai pembangkang yang hanya nak menyalahkan orang lain..tapi apa bantuan dan sokongan anda untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku lagi...tidak ada bukan...golongan anda lah yang banyak menghancurkan keharmonian...dan menggalakkan perkara2 seperti ini akan berlaku lagi...

    ReplyDelete
  5. maaaf tuan..minta izin laluan ...
    anon 5.25...
    betapa senang nk menyalahkn org. baca dan hayati apa yg diterangkn. jgnhanya tahu kutuk UBN je.. perkara ni tiada kaitan faham...
    kamu senang ckp, lupa ya..kepada Qada' dan Qadar Allah SWT ? klau kamu bkn org islam..dlm mana2 agama pun percaya akan faith...klau kamu islam sy pohon kamu istaghfarlh byk...
    bila memperkatakn perkara ini cubalah jgn terlalu emosi..fikirlah dgn lebih rasional.
    kamu ni jenis yg x tahu bersyukur dgn hidup aman dinegara ni kerana x tahu menghargai polis yg menyambung nyawa memastikn keamanan dan keharmornian negara. kamu tu nk ronda rukun tetangga pun x tentu sanggup.
    Tuan PUMP...
    terima kasih atas kesudian memberi pendapat yg boleh kita semua fikirkn...

    ReplyDelete
  6. dalam situasi sebegini , POLIS cuma ada masa tidak lebih dari 5 minit utk membuat keputusan , tiada masa utk bertanya siapa nama kamu , apa bangsa , berapa umur , asal mana , kenapa bawa kereta laju , mana lesen ? KECUALI simangsa berhenti , tetapi ...adakah dia berhenti apabila diarahkan ? kita harus juga salahkan mak bapak simangsa , kenapa salahkan pihak polis 100% seolah2 family langsung tdk bersalah , saya sokong pihak polis , ...

    ReplyDelete
  7. kalau ..
    1] simangsa berhenti apabila diarahkan..
    2] kata lari dari gangstar , nampak polis kenapa lari juga ?
    3] lewat mlm , bt apa lepak2 kat luar , masa utk tidur atau dgn family ,
    4] mak bapak dia tak benarkan keluar , atau tahu dimana anak berada ,
    5] takda lesen , kenapa berani bawa kereta , bawa tanpa pengetahuan kakaknya ..
    6] kalau tak rasa bersalah , nampak polis kenapa lari ?

    tak akan berlaku peristiwa ini ..

    ReplyDelete
  8. adakah anda faham dengan maksud qada dan qadar..adakah semata kita meletakkan semuanya pada Allah...igt semua boleh diubah dengan adanya qadar...klu mcm itu kalau kita buat jahat itu adalah qada dan qadar Allah?....rasanya xsalah mengatakan perkara pelik semua berlaku atas kepimpinan yang tidak menjalankan apa yang terkandung dalam al-quran sunnah...baru2 ini menghalalkan judi...kenapa pemuda2 umno xbantah...membina rumah2 untk anak2 luar nikah..lepas pasangan yang berzina xkan bimbang kemana anak mereka hendak diletakkan...apa yang sepatutnya cari jalan penyelesaian masalah sosial itu dulu...bukan mengalakkan...sebelum berkata tentang qada dan qadar..trngkan makna qada dan qadar tersebut....klu begitu kalau kerajaan menghalalkan judi itu adalah qada dan qadar Allah maka terima dan jangan bantah...fikir secara matang dan logik....

    ReplyDelete
  9. anon june 1,

    Dari komen anda pun dapat dilihat bukannya dari rasa tanggungjawab anda sebagai islam...anda lebih emosi dan egois dengan meletakkan sesuatu yang terjadi kepada kesalahan seseorang dan juga kerajaan...

    qada dan qadar yang saya huraikan sudah jelas bukan menyebelahi sesiapa atau menyalahkan juga sesiapa apatah lagi meletakkan ianya kepada kekuasaan Allah...namun harus diingat dengan kehendak dan kekuasaan ALLAH jugalah setiap kejadian itu terjadi...qada dan qadar adalah salah satu rukun dalam keimanan...

    pandapat anda menunjukkan bahawa peristiwa dan perkara-perkara yang buruk yang telah terjadi akibat pemerintahan BN dan pimpinan PM DS Najib...cuba kita fikirkan semula perkara2 seperti zina, kelahiran luar nikah, jenayah, ragut, judi dan banyak lagi masalah sosial berlaku adalah kerana masalah kerajaan atau keimanan setiap individu dan institusi kekeluargaan itu sendiri..."siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri"

    fikir dan belajar lah secara matang... kami pemuda umno pun bantah dan tidak pernah menyokong judi bola sepak yang telah digembar-gemburkan sila lihat dilink ini http://pemudakapar.blogspot.com/2010/05/ini-bukan-main-main-ini-betul-betul.html
    ...apa pendapat anda tajaan menunaikan fardhu haji yang diterima oleh MB kelantan...yang haram tetap haram...

    ReplyDelete