Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Wednesday, June 16, 2010

Sekitar Persidangan Tahunan Cawangan Meru Perdana

Syukur alhamdulillah, persidangan untuk kali ini lebih berjaya kerana kehadiran yang begitu menggalakkan. Anak muda sekarang ini telah mula sedar tentang hakikat perjuangan pakatan rakyat hanya mementingkan kuasa dan kepentingan individu berbanding memperjuangkan rakyat marhein. Mereka sekarang ini lebih percaya UMNO dan Barisan Nasional adalah yang terbaik dalam membangunkan dan memperjuangkan hak mereka.

Terima kasih juga kepada Dato Hj Abd Rahman Hj Palil, Pn Hjh Norliza Hj Ahmad dan juga Jawatankuasa UMNO Bahagian Kapar yang telah hadir pada malam tersebut.

Selesai sudah persidangan, aktiviti pertandingan bolasepak virtual PS2 dijalankan oleh Kelab Belia Generasi Aktif Meru Perdana, tahniah kepada Pengerusi, Sdr Mohd Zahri Zabidi bersama jawatankuasanya kerana berjaya menjalankan aktiviti dengan cemerlang sekali.



3 comments:

  1. Salam Perjuangan,

    Tahniah kepada saudara yang telah berjaya melaksanakan persidangan tahunan. Semoga saf kepimpinan cwgn sdr terus maju dalam memartabatkan perjuangan satu bangsa yang bernama MELAYU yg beragama ISLAM.

    Sedikit lontaran suara rakyat marhaen seperti saya, yang melihat kelesuan pemuda UMNO Selangor, termasuk juga di bahagian kapar, DUN Meru dan sekitarnya. Tidak dinafikan bahawa terdapat acara-acara sukan / riadah dilaksakan oleh Pemuda UMNO. Saya percaya bahawa xtvt ini adalah untuk menarik golongan muda, namun, itu tidak mencukup. Program-program pengisian, pentas ceramah untuk isu-isu terkini di Selangorku tercinta sgt mendukacitakan. Dalam misi tawan semula, Selangor Bangkit; saf Pemuda harus proaktif dalam menyalurkan msg kepada rakyat marhaen. Terlampau byk isu-isu di negeri tercinta ini yang dipimpin oleh kalid gagap. Namun, tidak kelihatan selera Pemuda untuk mengambil setiap peluang menyerang yang ada. Oleh itu, ingin saya sarankan, agar Saudara sampaikan di saf-saf kepimpinan, bahawa perlu untuk UMNO mengadakan ceramah sekerap mungkin di Bahagian Kapar. Seingat saya, hanya 2 Jeneral Perang Melayu yang pernah turun ke Bahagian Kapar iaitu Tok Him di Meru dan Senator Ezam di Bukit Kapar. Orang melayu, ahli UMNO khususnya perlu mendapat "personal touch" dari Jeneral-Jeneral ini. Oleh yang demikian, gaya "old school" iaitu melalui ceramah-ceramah ini adalah satu cara yang cukup efektif. Cuba sdr hitung, berapakah nisbah ceramah pakatan haram berbanding BN di Bahagian Kapar?

    Semoga isu ini menjadi fakta kepada saudara untuk dibawa ke peringkat atasan.

    Cinta saya kepada Agama, Bangsa dan Tanahair adalah mutlak. Al-liwati harus disingkirkan dari bumi Selangor dan Malaysia. Tiada ruang bagi DAPig.

    Allahuakbarrr!!!

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete
  2. Insyallah... saya akan mengajukan pada pucuk pimpinan pemuda bahagian...segala pandangan dan pendapat amat dihargai....

    ReplyDelete
  3. Salam Perjuangan,

    Mohon tuan link kan blog ini ke blog saya di:

    http://warkahkalamtimur.blogspot.com/

    Ayuh, sama-sama kita memegang janji menggenggam sumpah, menjadi tuan di bumi Bertuah!!!

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete