Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Wednesday, February 18, 2009

Calon Ketua Pemuda Malaysia - Siapa Yang Layak???


Ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO, yang berdebat dalam rancangan bual bicara Hujah malam ini bersepakat untuk membawa perubahan yang lebih mantap kepada pergerakan itu dengan memperkenalkan prinsip perjuangan masing-masing.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO perlu mempunyai satu pakej pengisian prinsip bersama dengan Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi membawa perubahan.
“Rupa bentuk dan pengisian Pemuda BN hanya bergabung semasa pilihan raya, tetapi selepas pilihan raya tidak pernah ada perhatian dan kurang program bersama,” katanya dalam program yang dikendalikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Mohammad Agus Yusof, yang disiarkan di TV9.
Khairy berkata penyelarasan Pemuda Umno dan Pemuda BN juga dapat memperkemaskan semula prinsip dan hak kaum dan secara langsung akan memperkemaskan pergerakan itu sebagai satu gabungan parti nasional.
Ahli Parlimen Jerlun pula, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, berpendapat rombakan dari peringkat kepimpinan tertinggi dan dari kalangan generasi muda akan membawa jati diri lebih kuat untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap Umno.
“Pemuda UMNO perlu bersefahaman dan membetulkan kelemahan yang ada.
“Kepimpinan yang baru itu perlu tegas untuk terus memantapkan UMNO supaya parti tidak menyimpang dari perjuangan asal yang mengamalkan dasar keterbukaan demi kepentingan rakyat,” katanya.
Menurutnya, semua rakyat perlu memahami UMNO adalah parti orang Melayu yang mengamalkan dasar keterbukaan kepada semua rakyat khususnya menjaga kepentingan semua kaum termasuk Cina, India dan kaum etnik lain.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo pula berkata, sayap parti itu perlu menjadi suara kerajaan dan rakyat yang dapat mengimbangi pelbagai isu agar tidak dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
“Pemuda UMNO bukan seperti Pemuda parti lain (pakatan pembangkang) yang hanya menjadi suara rakyat, Pemuda UMNO perlu jadi suara kerajaan dan menerangkan pelaksanaan dasar kerajaan kepada rakyat dengan jelas,” katanya.
Beliau berkata, kemenangan pihak pembangkang di negeri Selangor akan menjadi pengajaran yang digunakan untuk membetulkan kelemahan bagi memantapkan parti UMNO. – BERNAMA
Petikan diatas dipetik dari UTUSAN Malaysia 18 Feb 2009

Dalam rancangan bual bicara HUJAH yang disiarkan secara langsung di TV9 malam tadi ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Malaysia berjaya menyampaikan matlamat hala tuju perjuangan yang akan dibawa sekira berjaya memperolehi kerusi panas yang menjadi rebutan tersebut.

Pengendali program, Prof. Madya Mohammad Agus Yusof telah berjaya mengendalikan program tersebut, soalan-soalan yang dilontarkan juga amat menarik dan hangat yang mana perlu dijawab dengan bernas oleh ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Malaysia tersebut.

Ramai dikalangan penonton yang hadir berpuashati dengan segala hujah dan jawapan yang telah diberikan oleh ketiga-tiga calon.

Dapat dilihat diantara ketiga-tiga calon jurang pengalaman yang membezakan antara mereka. Dato’ Seri Mohamad Khir kelihatan tenang berjaya menjawab segala soalan yang diutarakan oleh Prof.Madya Mohammad Agus.

YB Khairy Jamaluddin memang terkenal dengan kelantangan bersuara namun jawapan yang diberikan masih tidak lagi samar dan seringkali didesak dengan soalan-soalan tambahan oleh pengendali rancangan.

Dato’ Mukriz sentiasa memberi gambaran tentang kepimpinan ayahanda beliau Tun Mahathir begitu berjaya memerintah Malaysia.

Soalan terakhir dari Prof Madya Mohammad Agus kepada Dato Seri Mohamad Khir berbunyi…Bagaimana Dato Seri hendak menjelaskan kekalahan Selangor pada PRU12 yang lalu tidak akan memberikan kesan pada pencalonan.
Dato’ Seri Mohamad Khir dengan tenang menerangkan bahawa setiap kejayaan bukannya datang dengan mudah, dan setiap orang pernah menemui kegagalan, tambah beliau lagi kalau mengikut sejarah Tun Mahathir juga pernah kalah, Pak Lah juga pernah kalah dan Nabi Muhammad SAW juga pernah kalah didalam peperangan namun kebangkitan selepas kekalahan adalah yang lebih penting kerana segala semangat untuk berjuang untuk membawa pemuda kearah pembaharuan. Pemuda harus berani berubah dan merubah. Syabas Dato’ Seri….

No comments:

Post a Comment