Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~



Mentera Semerah Padi

Wednesday, February 11, 2009

Penderhaka Durjana VS Raja Melayu


Senario politik tanah air telah mencatat sejarah sekali lagi...penuh dengan kontroversi...kalau 11 bulan yang lepas PR telah berjaya mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya melanggar BN di 4 buah negeri iaitu P.Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Namun dalam masa 11 bulan telah menunjukkan keadaan PR yang rapuh...tidak dapat membela rakyat kerana sifat tamak haloba masing-masing yang terserlah...sehinggakan kerajaan PR yang baru berusia 11bulan di Perak tersungkur...Disini dapat dilihat, pertelingkahan antara mereka sebenarnya adalah punca utama...ada dikalangan mereka sendiri yang tidak berpuas hati dengan pimpinan MB mereka kerana Nizar lebih mengutamakan exco-exco dikalangan DAP. Memang tidak dinafikan Nizar adalah sekadar BONEKA di Perak. Ini dapat dilihat setiap kali sidang akhbar Nizar akan diapit oleh exco-exco DAP. Keputusan-keputusan mesyuarat yang dibuat juga banyak yang menguntungkan DAP dan orang cina. Nizar terpaksa mengikut kata telunjuk mereka kerana ADUN DAP di Perak adalah lebih ramai berbanding PAS dan PKR. Nasib baik di Perak ada Sultan bukan macam P.Pinang...kalau tidak Nizar tidak akan merasa jawatan MB. Sebab itulah Nizar akan mengikut segala telunjuk DAP dalam membuat segala keputusan sehinggakan sanggup untuk menderhaka dengan titah Sultan Perak. ADUN DAP di Perak tidak menyuarakan secara lantang apa-apa pun tentang keputusan Sultan...hanya Nizar yang berkokok, ini kerana telah diracun oleh sesetengah pihak yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan sifat tamak yang belum puas untuk mengumpul harta ketika pegang jawatan exco. Nizar yang lurus bendul itu pun mengikut kata telunjuk mereka untuk terus menentang titah Sultan. Satu lagi yang BODOH adalah segelintir orang melayu yang taksub menyokong Nizar dan PAS berkumpul merusuh dikawasan masjid dan Istana...kalau diperhatikan Kelab-Kelab penyokong PAS yang dianggotai oleh orang bukan Islam anggota DAP dan PKR hanya melihat dari jauh sambil tersenyum lebar melihat orang melayu sedang berpecah belah dan menderhaka kepada institusi diraja. Mereka sudah mula membayangkan betapa bertuahnya diri mereka sekiranya orang melayu dinegara ini tidak lagi bersatu dan Raja-Raja Melayu sudah tiada lagi kedaulatannya. Bayangkan lah...bagaimana bangsa melayu kita pada masa itu...sedih rasanya kerana didalam kemelut politik Raja Melayu menjadi mangsa...Apa alasan yang rasional agar Nizar masih lagi di kekalkan jawatannya...cuba difikirkan kembali semasa ADUN Bota membuat kenyataan untuk menyertai PR, Nizar dengan angkuh dan lantang telah menyatakan tidak perlu diadakan pilihanraya kecil kerana ADUN Bota tidak meletakkan jawatan.Namun setelah 3 ADUN PR membuat kenyataan keluar dari PR untuk menjadi calon bebas yang menyokong BN lain pulak jadinya. Kenapa tiba-tiba ada surat perletakkan jawatan???? Mengapa DUN Negeri Perak dibubarkan tanpa dirujuk kepada Tuanku???? Semasa memberi kenyataan pada pihak media pada mulanya akan akur dengan kehendak tuanku katanya...namun setelah Tuanku meneliti dan mengeluarkan titah kenapa pula menderhaka...dan dengan kelam kabut membuat satu mesyuarat exco dan membuat beberapa keputusan dan salah satunya PAJAKAN TANAH PERINDUSTRIAN 30 HINGGA 60 TAHUN PADA SEBELUM INI DIBERIKAN PEGANGAN BEBAS UNTUK 99 TAHUN...Fikirkanlah... kenapa tergesa-gesa untuk meluluskan perkara tersebut...?? Faedah keuntungan kepada siapakah perkara itu...? Disini kita dapat melihat apa yang mereka kejarkan adalah hanya kekayaan masing-masing dari membela rakyat. Kenapa Nizar masih lagi berdegil dan tidak mahu melepaskan jawatan MB...masih lagi nak tinggal di Rumah MB dan masih lagi hendak menggunakan kenderaan rasmi Toyota Camry...Nizar belum puas, semuanya masih baru dinikmati...belum pun kenyang tetiba semua melayang...

Kalau dengar cakap-cakap orang PAS...ini semua kerja orang BN...sogok orang PR agar lompat parti...macam ada bukti jer kalau bercakap tu...macam mana pulak rancangan Anwar Ibrahim yang memancing ADUN dan Ahli Parlimen BN untuk melompat ke PR agar didapat merampas pemerintahan dan menjadi PM... baik sangat ke Anwar tu...pasal Anwar la PR Perak tergolek...kalau dia tak bagi idea lompat parti...rasa-rasanya 3 orang tu pun tak lompat kut...PR masih lagi memerintah di Perak... betul jugak apa yang dicakapkan oleh Karpal Singh tentang Anwar...seorang pemimpin yang busuk lagi keji suka main belakang...last-last PR yang kena main... bukan dengan BN tapi dengan orang PR sendiri...

Keputusan PRU12 yang lalu yang mana tidak menyebelahi BN di negeri-negeri P.Pinang, Kedah, Perak dan Selangor dapat di terima dengan terbuka walaupun berat terasa dihati setiap penyokong BN dinegeri-negeri ini. Tidak adapun rusuhan yang kami adakan...sebaliknya disetiap hati ditanamkan semangat juang untuk merampas kembali semasa PRU13 kelak...Apa yang terjadi di Perak bukanlah rancangan BN namun kesilapan dari PR sendiri... Pemerintahan BN akan sentiasa membantu rakyat agar kesenangan dapat dinikmati bersama. UMNO,MCA,MIC dan parti-parti komponen yang lain akan sentiasa berjuang untuk rakyat dan menjaga keamanan dan ketenteraman awam dan juga akan sentiasa mendukung perlembagaan yang mana Raja Melayu didukung kedaulatannya.

Institusi Diraja dinegara ini sepatutnya dilindung dan dihormati oleh semua lapisan rakyat tidak kira apa juga bangsa... ini kerana di Malaysia sistem Raja Berpelembagaan diguna pakai. Raja dan Sultan harus dihormati dan setiap titah sultan harus diterima kerana Raja-raja Melayu sekarang berpendidikan tinggi. Keberanian Nizar untuk derhaka pada sultan adalah satu tindakan yang BODOH kerana memberi peluang kepada bangsa lain untuk tidak menghormati institusi diraja pada masa ini mahupun masa akan datang. Kalau zaman dulu penderhaka seperti Nizar dan Karpal ini boleh dihukum bunuh namun zaman sekarang Sultan tidak berhak untuk menjatuhkan hukuman kepada rakyat... tapi harus diingat zaman sekarang kuasa Sultan boleh mengampunkan rakyat yang menerima hukuman mati....Kalau rakyat golongan melayu khususnya tidak nampak isu derhaka ini sebagai satu isu yang berat dan serius...apa akan jadi di Malaysia ini akan datang...dimana pemimpin melayu akan datang...akan jadi Republik ke negara ini dan akan mempunyai Presiden...dan sekiranya terjadi saya percaya orang melayu akan terpinggir didalam Pentadbiran negara, ianya akan menjadi seperti Singapura yang mana tiada pun orang melayu yang memegang pucuk pimpinan negara... Oleh itu sebelum terjadi perkara yang sedemikian orang melayu harus lah bersatu kembali untuk memperjuangkan Kedaulatan Raja Melayu dan Ketuanan Melayu. Jangan sekali memberi peluang kepada mereka-mereka yang ingin mengadai maruah bangsa,agama dan tanah air kita.



Disini saya menyeru, rakan-rakan seperjuangan agar dapat bersama-sama mempertahankan Kedaulatan Negara ini, Melindungi Raja-Raja Melayu, Menegakkan Agama dan Memperjuangkan nasib bangsa melayu sehingga ketitisan darah yang terakhir. Harus diingat Tanah Melayu adalah Hak Milik Orang Melayu....DAULAT TUANKU...
















No comments:

Post a Comment