Petikan Hadis Minggu Ini: KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda: "Agama adalah nasihat" Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."

~Riwayat Muslim~


Mentera Semerah Padi

Friday, January 22, 2010

Niat - Permulaan Segala Amalan

- Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Al-Khatatab r.a, aku mendengar Nabi Muhamad s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah dinilai mengikut niat nya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Salam....petikan hadis diatas mengajar kita agar sentiasa berniat baik dan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna...jangan kita mengambil sikap mudah dalam sesuatu kerja mahupun perbuatan yang kita lakukan...niat dan hasrat kita itu akan mencerminkan kesempurnaan kerja yang kita akan lakukan...

No comments:

Post a Comment